Thursday, March 31, 2011

Oii Anwar!! Inilah Sarawak!


Anwar semalam hampir tak dapat nak tagih simpati penduduk Sinjan Jaya. Tindakan polis menghalang perhimpunan haram tersebut harus dipuji. Menurut saksi yang menghadiri ceramah Anwar, Anwar lebih banyak bercerita tentang konspirasi kerajaan terhadap dirinya supaya orang Sarawak simpati dengan nasibnya.

Itulah bahan yang akan dijaja oleh PKR ke seluruh negeri Sarawak. Perjuangan untuk membela nasib Anwar Ibrahim, bukan nak bantu rakyat seperti yang diwar-warkan Baru Bian! Mungkin sebab itulah semakin ramai orang-orang PKR keluar parti! Muak dengan perjuangan yang tiada hala tujunya!

Anwar! Ini Sarawak. Di Sarawak orang patuhi undang-undang. Kalau nak berceramah minta lah permit! Jangan hentam keromo..jangan masuk sembarangan! Tak payah bawa cerita kesengsaraan duduk dalam penjara! Tak perlu! Kalau nak motivasikan orang cerita dengan banduan-banduan dalam penjara supaya mereka sedar kesalahan mereka! Supaya mereka bertobat!

Sunday, March 27, 2011

Kahwin Belum Sudah Cerai


Belum berkuasa sudah tunjuk kuasa. PKR tunjuk belang sebenar kerana ghairah untuk berkuasa! Ada betulnya kenapa SNAP dan DAP marah dengan PKR..sebab PKR mahu bolot semua.

PKR masih dalam pampers, SNAP sudah ada wakil rakyat! Tapi PKR kata mereka lebih berpengaruh berbanding SNAP di kawasan Dayak? Sama la macam DAP! Hentam kiri kanan DAP..sebelum DAP kutip Anwar jadi Ketua Pembangkang! Sekarang PKR hendak rebut kawasan DAP pulak! Itula dasar golongan yang tidak pernah merasa bersyukur dan berterima kasih dengan orang-orang yang telah membantu mereka!

Saturday, March 19, 2011

Calon Wanita PKR Sarawak


Malas nak cerita banyak malam ini sebab Ketua Menteri pun dah umumkan tarikh pembubaran DUN! Semua orang menarik nafas lega terutamanya orang-orang PKR, DAP, PAS, SNAP, PERS dan PCM! Calon-calon mereka pun dah tempah baju korporat supaya nampak sedondong bila berkempen nanti. Mereka pun nak nampak sepakat walaupun berlainan pendapat!

Semalam Nurhanim Mokhsen rayu PKR beri lima kawasan kepada golongan wanita. Nurhanim terpaksa merayu-rayu kerana beliau dah berjanji dengan beberapa orang kaum wanita untuk dijadikan calon! Kalau nama-nama yang Nurhanim minta tu tidak ditunai oleh pemimpin PKR, malu la dia nanti! Tak kan Baru Bian tak nak dengar cakap Ketua Wanita PKR Sarawak! Macam Baru Bian, Nurhanim pun bukan dipilih oleh ahli tetapi dilantik oleh Anwar!

Apa pun saya nak kongsi apa yang saya bayangkan kalau bercakap pasal Nurnahim nie!Tengok la gambar di atas tu!

Thursday, March 17, 2011

Ahli-ahli PKR bergembira!


Semalam ahli-ahli PKR bergembira kerana akhirnya SNAP keluar dari pakatan. PKR menganggap tindakan Stanley Jugol dan Edwin Dundang sudah mengkhianati pakatan pembangkang!. Walau pun Wong Ho Leng mengatakan mereka akan berbincang lagi namun ramai ahli PKR merestui perpisahan SNAP!
Apabila SNAP keluar pakatan mudah bagi PKR untuk membolot 52 kawasan DUN dan selebihnya diberi kepada DAP! Bagi PKR dan Baru Bian, kehadiran SNAP dalam pakatan hanya mengurangkan pengaruh mereka di kawasan bumiputera. Jika SNAP bersedia berhadapan dengan PKR dalam pilihan raya nanti, Baru Bian lebih bersedia dan sebenarnya sudah menyusun strategi! Baru Bian tahu kelemahan SNAP dan pemimpin-pemimpin dalam SNAP! Baru Bian tidak percaya SNAP mempunyai pengaruh yang begitu besar kerana beliau pernah tewas semasa bertanding atas tiket SNAP!
PKR akan pastikan SNAP tidak memenangi sebarang kawasan jika SNAP terus berkeras untuk menentang PKR dan sekutunya! Baru Bian akan dedahkan siapa penaja SNAP hingga SNAP begitu berani dan lantang menentang PKR! Baru Bian kesal dengan tindakan SNAP kerana PKR yang membawa SNAP menyertai pakatan namun SNAP menikam PKR dari belakang!

Wednesday, March 16, 2011

Baru Bian Terkilan!


Kali ini SNAP benar-benar menghancurkan harapan Baru Bian! Terkedu Baru Bian mendengar pengumuman Edwin Dundang. Hancur luluh harapan Baru Bian nak jadi Ketua Menteri sebab dia tahu SNAP akan kacau kawasan bumiputera PKR! Disebabkan itu lah Baru Bian hanya beri lapan kawasan kepada SNAP supaya beliau boleh kontrol SNAP!

Sayang sekali Baru Bian lambat berbanding Edwin Dundang walaupun lebih tua dari Baru Bian cepat bertindak! Edwin Dundang kata SNAP hanya umum 16 orang sahaja dulu untuk bagitau PKR yang mereka sudah ada calon, tak perlu la Baru Bian sakit kepala pikir sapa calon di 16 kawasan tersebut!. Apa pun tindakan Edwin Dundang pasti mengundang kemarahan penyokong dan pemimpin PKR, khususnya Baru Bian, Anwar Ibrahim dan Azmin Ali!.

Azmin Ali pernah memberi amaran kepada SNAP supaya bertindak berlandaskan perjanjian dalam pakatan pembangkang dan bukanya bertindak sesuka hati. SNAP tidak akan mengalah kata Edwin Dundang tetapi bersedia berbincang dengan PKR dalam pengagihan kawasan. Bagaimana Baru Bian? Nak berunding lagi ka? Pilihan raya tak lama lagi nie?

Tuesday, March 15, 2011

ANWAR KECEWAKAN AHLI PKR SARAWAK


Kalau benar bagai dikata, maka Angela Jabing, Ibi Uding dan Beginda Minda sah tiada dalam senarai calon-calon PKR! Berdasarkan ramalan nujum Pak Belalang, PKR nak calon-calon yang berkelayakan professional! Oleh itu tak payah la Ibi nak menyibuk di Balai Ringin tu. Begitu juga la Angela Jabing dan Beginda Minda. Anwar tak akan buang duit taja calon-calon yang bukan lulusan universiti!
Sebaiknya Ibi Uding, Angela Jabing dan Beginda Minda sertai KITA, MCLM atau PERS jika berhasrat dipilih sebagai calon dalam pilihan raya akan datang. Begitu juga dengan ahli-ahli PKR yang hanya lulus SPM atau STPM! Lulusan LCE atau PMR tu tak payah la berangan-angan! Dulu mungkin boleh tapi sekarang tak payah nak buang masa! Bukan graduan hanya layak jadi tukang sorak, tukang tepuk tangan dan pencacai demonstrasi jalanan. Bila ditangkap polis, masuk lokap ada Anwar peduli? Contoh terbaik ialah kes Dominique Ng! Ada PKR peduli?
Padan muka Dominique! Dah la dilucut jawatan sebagai Ketua Perhubungan PKR negeri oleh Anwar! Masih tak sedar lagi! Tengok la apa Anwar buat dengan jawatan Ketua Wanita! Dulu Ibi Uding, lepas tu Voon Shiak Ni. Kemudian Nurhanim Mokhsen! Anwar boleh letak siapa sahaja yang dia suka. Tak lama lagi Zulhaidah Suboh jadi ketua wanita PKR Sarawak! Bukan dipilih oleh ahli tetapi ditentukan oleh Anwar Ibrahim! Inikah yang dikatakan demokrasi dipimpin?

Friday, March 11, 2011

Zulhaidah Suboh Jatuh Cinta Lagi


'if he is not able to service his wife, how could he service Sadong Jaya peoples', kata Zulhaidah Suboh mengenai kemungkinan Mahmud Bekir sebagai calon BN di Sadong Jaya! Apakah sebenarnya yang diperkatakan oleh Zulhaidah Suboh?

Zulhaidah Suboh sebenarnya ingin mengatakan bahawa beliau telah memberi servis terbaik kepada suaminya hingga beliau begitu yakin beliau mampu memberi servis yang sama kepada rakyat di Bekenu. Zulhaidah Suboh juga secara sinis menyindir Ibi Uding yang ditinggalkan suami kerana tidak mampu beri servis yang baik!

Maka orang-orang dalam PKR telah pun membuktikan mereka memberi servis terbaik kepada suami atau isteri atau kekasih masing-masing hingga layak untuk bertanding sebagai calon dalam pilihan raya nanti. Secara tidak langsung Zulhaidah mengakui ketuanya, Anwar Ibrahim memang hebat memberi servis..? Macam tahu saja Zulhaidah ini? Ada apa-apa ka?..

Zulhaidah dah beri gambaran yang jelas kepada umum bahawa orang-orang PKR yang nak bertanding nanti semuanya hebat-hebat dalam memberi servis!!

Wednesday, March 9, 2011

Ibi Uding dan Angela Jabing Tiada Dalam Senarai Calon PKR!


Semuanya muka baru, kata Zuraida Kamaruddin! Bomoh tua PKR kata enam calon wanita PKR muka baru dan bukan calon kitar semula. Ini bermakna Ibi Uding yang kalah kepada Snowdan di N25 Balai Ringin dalam tahun 2006 hanya akan menjadi penonton dalam pilihan raya negeri akan datang.

Ibi Uding sudah bekerja keras di Balai Ringin dan dipercayai akan bertanding atas tiket SNAP atau BEBAS jika diketepikan oleh PKR. Begitu juga dengan Angela Jabing di kawasan Engkilili.Dalam pada itu, sumber dalaman mengatakan PKR terpaksa berbuat demikian sebagai menyahut cabaran Taib Mahmud untuk tidak menyenaraikan semula calon-calon yang kalah dalam pilihan raya negeri akan datang.

Ini bermakna Baru Bian tidak akan bertanding lagi selepas kalah dalam tiga pilihan raya! Tapi kebiasannya pembangkang hanya pandai cakap saja. Mana mungkin Baru Bian tidak bertanding sedang beliau bercita-cita untuk menjadi Ketua Menteri!

Apa pun kepada Ibi Uding dan Angela Jabing jangan patah semangat kerana masih ada platform lain untuk menjadi calon seperti SNAP, KITA, MCLM dan juga UBF! Di khabarkan mereka sedang mencari calon-calon yang berpotensi dan berkaliber untuk diketengahkan dalam pilihan raya negeri nanti.

Pembangkang Banyak Alasan!


Beriya-iya Baru Bian cabar Taib Mahmud berdebat walau pun tahu dia tidak setaraf! Kalah dalam tiga pilihan raya tetapi ada hati nak berdebat dengan Ketua Menteri? Oii Baru Bian, sedarlah diri tu!! Bila Taib suruh Adenan, Baru Bian kata Adenan tak layak! Sapa Baru Bian? Sapa Nicholas Bawin? Adenan juga seorang peguam yang pernah menjawat Menteri Tanah! Belum jadi YB, belum jadi Menteri, pembangkang sudah begitu angkuh!!

Sekarang ini pembangkang suruh Voon Lee Shan berdebat dengan Adenan? Mana pegi Wong Ho Leng? mana pegi Chong Chieng Jen? Bukan kah Voon Lee Shan tidak diperlukan oleh DAP? Bila dalam susah cari Voon Lee Shan! Masa senang Voon Lee Shan diketepikan! Perangai pembangkang yang penuh dengan alasan!

Kenapa suruh Cina pulak pertahankan isu tanah adat bumiputera? Baru Bian tak mampu ka? Tingginya ego Baru Bian hingga boleh perkudakan DAP untuk berdebat dengan ADenan! Sapa lantik Baru Bian jadi ketua pembangkang Sarawak? Chong Chieng Jen? Wong Ho Leng? Edwin Dundang? Dah sah begitu perangai PKR agaknya! Suka buli dan mempergunakan orang lain! Oii Baru! Voon Lee Shan tu ahli dewan undangan negeri..kau tu apa? Menteri?

Monday, March 7, 2011

SNAP TAKUT DENGAN DAP dan PKR?


SNAP hanya mampu memberi kata dua kepada PKR tetapi bukan kepada Baru Bian mahupun DAP! Ternyata SNAP hanya berani mengeluarkan ultimatum dalam suratkhabar sebagai publicity stunt untuk menarik perhatian kaum Dayak!

Secara realiti SNAP terkelu lidah bila bersemuka dengan Wong Ho Leng dan Baru Bian! Kepura-puraan SNAP jelas bila Stanley Jugol dengan rasa tak malu mengatakan mereka tidak akan keluar dari pakatan pembangkang walaupun sebelum ini begitu bersemangat memberi kata dua kepada PKR!

Inikah semangat Dayakisme, semangat pahlawan Iban yang dilaungkan oleh SNAP? Pahlawan Iban yang pengecut! Sia-sia bercakap tentang kegemilangan silam SNAP seandainya takut untuk bertindak sebagai sebuah parti yang dikatakan begitu berpengaruh daripada PKR! Begitu mudah SNAP dibuli oleh DAP dan PKR walaupun mereka belum lagi menerajui kerajaan Sarawak. Apa akan berlaku kepada SNAP dan kaum Dayak jika PKR dan DAP berkuasa?

Apakah pemimpin-pemimpin dalam SNAP bergantung bantuan kewangan daripada DAP dan PKR hingga SNAP tidak mampu membuat keputusan sendiri? Atau adakah pemimpin-pemimpin dalam SNAP mudah menyerah kalah dan dibuli ? Apa ertinya Dayakisme jika SNAP masih bergantung kepada parti Cina seperti DAP?

Sunday, March 6, 2011

PKR akan bertanding di semua 71 kawasan DUN


Desas desus mengatakan PKR akan bertanding di semua kawasan DUN! Keputusan ini dikatakan ada kaitan dengan tindakan Chong Chieng Jen dan bapanya menyaman Dominique Ng dari PKR sebanyak RM200,000.00. Saman tersebut boleh menyebabkan Dominique diisytihar bankrap dan tidak lagi layak sebagai ADUN . Ini akan memberi peluang DAP bertanding di Padungan.

PKR sebelum ini mengumumkan akan bertanding di 40 kawasan, kemudian 52 kawasan dan hari ini dikatakan telah membuat keputusan untuk bertanding di semua kawasan. SNAP sebelum ini akan keluar dari pakatan pembangkang kerana tidak berpuashati dengan tindakan PKR!

PKR perlu bertanding di semua kawasan DUN jika bercita-cita untuk memerintah negeri Sarawak. Berdasarkan senario semasa, jika PKR tidak bertanding di semua kawasan ada kemungkinan DAP memenangi lebih banyak kerusi daripada PKR! Seandainya pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya negeri akan datang, adalah mustahil DAP serah jawatan Ketua Menteri kepada Baru Bian jika PKR hanya menang satu atau dua kawasan sahaja!. Wong Ho Leng dan Chong Chieng Jen juga mempunyai cita-cita untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak dan bukan Baru Bian sahaja!

SNAP juga berpeluang besar berrtanding tanpa perlu bergabung dengan PKR, DAP dan PAS! Edwin Dundang juga berpeluang menjadi Ketua Menteri Sarawak jika SNAP mampu pengaruhi minda kaum DAYAK yang inginkan DAYAK menguasai semua aspek negeri Sarawak. Menurut Dr.John Brian Anthony, Dayak akan menjadi kaya raya serta merta dan semua pentadbiran negeri akan diambil oleh kaum Dayak! Kaum-kaum lain tidak penting kerana Dayak majoriti! Cina dan Melayu akan jadi kuli sahaja!

Baru Bian akan pastikan PKR berkuasa ke atas DAP, PAS dan SNAP!. Tengok la bagaimana Anwar boleh control Lim Guan Eng dan Nik Aziz begitu juga la Baru Bian terhadap Wong Ho Leng, Chong Chieng Jen, Edwin Dundang dan Abang Eddy!. Baru Bian nak pastikan kaum Orang Ulu berkuasa walaupun mereka minoriti! Pengalaman pahit Baru Bian bersama PBDS yang dikawal sepenuhnya oleh Iban dan Cina mengajar Baru Bian untuk lebih berhati-hati terhadap pemimpin Iban dan Cina! PKR tidak akan sekali-kali menyerah kuasa kepada sesiapa! Buktinya Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim!

Thursday, March 3, 2011

PKR lupakan Dominique Ng


Rendahnya martabat ahli PKR! Seorang YB terpaksa merayu rayu melalui akhbar mengemis dengan rakyat yang sepatutnya dia tolong! Bercakap bergegar-gegar masa berkempen bagaimana PKR boleh bantu rakyat dan selesaikan masalah rakyat..tapi masalah sendiri pun terpaksa minta rakyat bantu! Amat memalukan!

Namun itulah dasar pakatan pembangkang! Kalau boleh nak kikis harta rakyat biar mereka senang lenang! PAS setiap kali membuat ceramah akan hulur kotak untuk minta duit dari orang-orang yang dengar ceramah mereka! PKR pun apa kurangnya, menghabiskan hasil penyokong mereka bukan nak tolong! Rakyat bekerja mencari rezeki dengan tulang empat kerat mereka manakala pemimpin pembangkang sampai terpancit air liur berceramah ke hulu ke hilir menggunakan hasil titik peluh penyokong mereka!

Dominique Ng tanpa malu minta pengundi kawasan N.9 Padungan minta hulur sumbangan supaya beliau dapat bayar tuntutan saman Chong Chieng Jen dan ayahnya Chong Siew Chiang dari DAP. Dominique Ng siap guna kain rentang dan bawa orang-orang Melayu yang bangang untuk menyokong usaha beliau mendapat duit sebanyak RM200 ribu!

Beginilah perangai ahli-ahli pembangkang yang bijak menggunakan kata-kata tetapi tak pandai nak urus dan bantu rakyat. Inikah sikap kepimpinan yang kita nak?

Tuesday, March 1, 2011

Mat Sabu Semakin Keliru


Seroang nenek pernah berpesan Melayu akan terus hilang jika dipimpin oleh PAS! Melayu akan terus hidup dalam kedaifan jika PAS dan Anwar memerintah! Melayu akan terus rugi jika mengundi PAS! Menurut nenk ini PAS bukan Islam dan Islam bukan PAS! Islam adalah agama Allah diutus melalui Nabi Muhammad S.A.W. PAS ialah parti politik yang hanya nak berkuasa bertopengkan agama Islam tetapi halalkan zina, arak dan judi! PAS tiada kaitan dengan agama Allah S.W.T kerana Allah S.W.T tidak pernah memerintah Nik Aziz untuk menggunakan Islam sebagai alat politik!

Bagi PAS politik dan agama sama sebab fatwa Nik Aziz dan PAS ialah kalau orang tak undi PAS tidak akan masuk syurga! Maka orang-orang Cina dan India yang mengundi PAS sebelum ini sudah dijamin masuk syurga oleh Nik Aziz! PAS memerintah di Kelantan melebihi 20 tahun, nak laksana hudud tapi sampai hari ini yang ada cuma huduh sebab pelacuran, judi, arak dan zina masih berleluasa! Kalau betul la Isle' seperti kata Nik Aziz, Mat Sabu dan orang-orang PAS, 20 tahun masa yang cukup panjang untuk bersihkan negeri Serambi Mekah itu daripada gejala yang mengaibkan dan bertentangan dengan ajaran Isle'. Kalau la gejala itu peninggalan kerajaan BN kenapa PAS tak boleh selesaikan?

Nik Aziz berpeluk sakan dengan Lim Kit Siang sebab haram bagi PAS untuk bersama pemimpin Islam dalam UMNO! Ahli-ahli PAS buat demonstrasi kalau ada penyanyi luar negara buat persembahan tapi PAS tutup mata kalau Khalid Gagap benarkan penjualan arak di kawasan orang-orang Islam!Hipokrit sungguh orang-orang PAS!

PAS tetap sokong Anwar walaupun tahu Anwar dipenjarakan atas tuduhan meliwat! Sekarang ini PAS masih menyokong kuat dasar-dasar Anwar untuk kuburkan hak-hak orang Melayu! PAS bukan orang Melayu ka?

Ayuh! Melayu Sarawak..kita kuburkan PAS di Sarawak!

SIAPA EMPUNYA DNA LELAKI ‘Y’ ?


Siapa punya air yang melekat dekat dubur Saiful tu semua orang nak tahu? Tak kisah la sebab apa yang berlaku sudah berlaku dan yang melakukan nya memang seronok sakan! Hari ini bukan nak cerita DNA lelaki ‘Y’ tetapi nak kongsi cerita sifat dan sikap orang yang disanjungi Baru Bian dan penyokong PKR!.
Ini kata PAS satu ketika dahulu..
Anwar Lebih Ganas Daripada Mahathir ! Semasa Anwar berkuasa ramai suku sakatnya telah mencipta kekayaan menjadi jutawan segera seperti Kamaruddin Jaafar, Rani, Marzuki dan Rosli Ibrahim termasuk Nasaruddin Jalil, Setiausaha sulit Anwar!
Daripada 4 jenis judi, Anwar telah menghalalkan menjadi 9 termasuk judi lumba kuda apabila ia menjadi Menteri Kewangan. Daripada 3 tempat judi lumba kuda iaitu Ipoh, Penang dan KL ia telah bertambah ke Sabah sehingga menimbulkan kemarahan ahli-ahli Parlimen di sana dan juga menerima bantahan di Sarawak apabila judi lumba kuda juga hendak diwujudkan di sana.
Dan Genting Highlands menjadi pusat judi ketiga besar di dunia di bawah kekuasaan Anwar sebagai Menteri Kewangan. Anwar mempunyai hubungan yang baik dengan taukeh judi Lim Goh Tong di mana sewaktu menjadi Ketua Pemuda UMNO beliau mudah mendapat bantuan dari Yayasan Gerak Bakti kepunyaan taukeh judi ini.
Skandal seks Anwar ..... tidak tahu sejauh mana benarnya tuduhan itu tetapi dengar khabar ada percubaan untuk membunuh orang (Azizan) yang menulis surat sumpah yang mengaku melakukan homoseks dengannya tetapi yang menjadi mangsa ialah isterinya, ia seharusnya disiasat, tetapi di sini media akan menutupnya, berbeza dengan di luar negara di mana media mereka akan mendedahkannya. Anwar patut membersihkan skandal seksnya kerana kitapun tidak mahu dia teraniaya. Lebih 6 bulan dia tidak bercakap soal agama, baru sekarang dia hendak khutbah, baginya masyarakat mungkin sudah lupa, tetapi kita pelik mengapa dia tidak membersihkan dirinya setakat ini? Masih banyak tanda soal, orang yang menulis surat itu berada dalam ketakutan dan masih diugut, diancam oleh pihak tertentu. Saya pernah berjumpa dengan orang (Umi Hafilda) yang menulis surat terbuka itu dan dia bukanlah pada peringkat menuduh Anwar melakukan apa-apa tetapi mereka empat keluarga mengakui sungguh-sungguh melihat Anwar masuk ke dalam apartment bersama dengan pasangan tertuduh itu. Pendirian penulis itu tidak berubah dan dia takut untuk bertembung dengan orang dikhuatiri akan disiasat oleh polis Cawangan Khas.

Jika Anwar menjadi PM masalah kekangan demokrasi, kebebasan, ISA dan akta-akta tertentu boleh berubah. Contohnya UIA tempat Anwar berkuasa penuh di mana dia menjadi Presiden dan tempat berkumpul orang-orangnya sehingga menjadi universiti paling corot dalam Asia. Universiti yang hanya untuk meluluskan puak-puak penyokong Anwar supaya ada ijazah, di situ berlaku kongkongan malahan lebih dahsyat berbanding universiti-universi ti lain.

Nak tahu lanjut baca shuhmy.multiply.com/journal/item/348