Tuesday, March 1, 2011

SIAPA EMPUNYA DNA LELAKI ‘Y’ ?


Siapa punya air yang melekat dekat dubur Saiful tu semua orang nak tahu? Tak kisah la sebab apa yang berlaku sudah berlaku dan yang melakukan nya memang seronok sakan! Hari ini bukan nak cerita DNA lelaki ‘Y’ tetapi nak kongsi cerita sifat dan sikap orang yang disanjungi Baru Bian dan penyokong PKR!.
Ini kata PAS satu ketika dahulu..
Anwar Lebih Ganas Daripada Mahathir ! Semasa Anwar berkuasa ramai suku sakatnya telah mencipta kekayaan menjadi jutawan segera seperti Kamaruddin Jaafar, Rani, Marzuki dan Rosli Ibrahim termasuk Nasaruddin Jalil, Setiausaha sulit Anwar!
Daripada 4 jenis judi, Anwar telah menghalalkan menjadi 9 termasuk judi lumba kuda apabila ia menjadi Menteri Kewangan. Daripada 3 tempat judi lumba kuda iaitu Ipoh, Penang dan KL ia telah bertambah ke Sabah sehingga menimbulkan kemarahan ahli-ahli Parlimen di sana dan juga menerima bantahan di Sarawak apabila judi lumba kuda juga hendak diwujudkan di sana.
Dan Genting Highlands menjadi pusat judi ketiga besar di dunia di bawah kekuasaan Anwar sebagai Menteri Kewangan. Anwar mempunyai hubungan yang baik dengan taukeh judi Lim Goh Tong di mana sewaktu menjadi Ketua Pemuda UMNO beliau mudah mendapat bantuan dari Yayasan Gerak Bakti kepunyaan taukeh judi ini.
Skandal seks Anwar ..... tidak tahu sejauh mana benarnya tuduhan itu tetapi dengar khabar ada percubaan untuk membunuh orang (Azizan) yang menulis surat sumpah yang mengaku melakukan homoseks dengannya tetapi yang menjadi mangsa ialah isterinya, ia seharusnya disiasat, tetapi di sini media akan menutupnya, berbeza dengan di luar negara di mana media mereka akan mendedahkannya. Anwar patut membersihkan skandal seksnya kerana kitapun tidak mahu dia teraniaya. Lebih 6 bulan dia tidak bercakap soal agama, baru sekarang dia hendak khutbah, baginya masyarakat mungkin sudah lupa, tetapi kita pelik mengapa dia tidak membersihkan dirinya setakat ini? Masih banyak tanda soal, orang yang menulis surat itu berada dalam ketakutan dan masih diugut, diancam oleh pihak tertentu. Saya pernah berjumpa dengan orang (Umi Hafilda) yang menulis surat terbuka itu dan dia bukanlah pada peringkat menuduh Anwar melakukan apa-apa tetapi mereka empat keluarga mengakui sungguh-sungguh melihat Anwar masuk ke dalam apartment bersama dengan pasangan tertuduh itu. Pendirian penulis itu tidak berubah dan dia takut untuk bertembung dengan orang dikhuatiri akan disiasat oleh polis Cawangan Khas.

Jika Anwar menjadi PM masalah kekangan demokrasi, kebebasan, ISA dan akta-akta tertentu boleh berubah. Contohnya UIA tempat Anwar berkuasa penuh di mana dia menjadi Presiden dan tempat berkumpul orang-orangnya sehingga menjadi universiti paling corot dalam Asia. Universiti yang hanya untuk meluluskan puak-puak penyokong Anwar supaya ada ijazah, di situ berlaku kongkongan malahan lebih dahsyat berbanding universiti-universi ti lain.

Nak tahu lanjut baca shuhmy.multiply.com/journal/item/348

No comments:

Post a Comment