Thursday, March 17, 2011

Ahli-ahli PKR bergembira!


Semalam ahli-ahli PKR bergembira kerana akhirnya SNAP keluar dari pakatan. PKR menganggap tindakan Stanley Jugol dan Edwin Dundang sudah mengkhianati pakatan pembangkang!. Walau pun Wong Ho Leng mengatakan mereka akan berbincang lagi namun ramai ahli PKR merestui perpisahan SNAP!
Apabila SNAP keluar pakatan mudah bagi PKR untuk membolot 52 kawasan DUN dan selebihnya diberi kepada DAP! Bagi PKR dan Baru Bian, kehadiran SNAP dalam pakatan hanya mengurangkan pengaruh mereka di kawasan bumiputera. Jika SNAP bersedia berhadapan dengan PKR dalam pilihan raya nanti, Baru Bian lebih bersedia dan sebenarnya sudah menyusun strategi! Baru Bian tahu kelemahan SNAP dan pemimpin-pemimpin dalam SNAP! Baru Bian tidak percaya SNAP mempunyai pengaruh yang begitu besar kerana beliau pernah tewas semasa bertanding atas tiket SNAP!
PKR akan pastikan SNAP tidak memenangi sebarang kawasan jika SNAP terus berkeras untuk menentang PKR dan sekutunya! Baru Bian akan dedahkan siapa penaja SNAP hingga SNAP begitu berani dan lantang menentang PKR! Baru Bian kesal dengan tindakan SNAP kerana PKR yang membawa SNAP menyertai pakatan namun SNAP menikam PKR dari belakang!

No comments:

Post a Comment