Friday, May 20, 2011
Zulhaidah Suboh Makin Terdesak
Kesian Zulhaidah Suboh! Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran! Tinggalkan Bekenu kerana Lambir tapi tak tercapai hasrat nak jadi Yang Berhormat! Bila tau dia kalah di Lambir, Zulhaidah bergegas pulak ke Senadin, konon nak tumpang gembira Michael Teo..rupanya Michael Teo pun kecundang! Zulhaidah harap Michael Teo akan cabar keputusan SPR, supaya beliau boleh sama-sama berteriak, menyumpah seranah orang-orang BN dan SPR! Itu pun tak kesampaian bila Michael Teo guna akalnya..untuk biarkan hal tersebut untuk beri tumpuan bertanding di peringkat parlimen nanti! Lama juga Zulhaidah menyepi..tapi tiba-tiba kata :
'BN terdesak guna ROS vatal pendaftaran PKR tanpa ada sebarang bukti kukuh!
Terbukti Keadilan telah mengatasi BN yang kian malap dan susut sokongan!'
Tak tahu dari sudut mana atau fakta diguna oleh Zulhaidah tapi yang pasti Zulhaidah semakin anggau dan tidak mahu menerima realiti bahawa PKR di Sarawak tidak diterima sebahagian besar pengundi! Mungkin Zulhaidah tengok kemenangan Baru Bian, See Chee How dan Ali Biju sebagai kayu ukur, PKR semakin popular tapi daripada 46 calon yang bertanding, termasuk la Zulhaidah sendiri hanya tiga saja yang menang! Ikut peratusan PKR hanya capai 6.7 peratus sahaja sedangkan BN capai 77.4 peratus! PKR hanya melukut ditepi gantang sahaja kalau banding dengan DAP!
Amat jelas PKR sebenarnya terdesak bukan BN! Semakin ramai ahli-ahli PKR keluar parti! Zulhaidah tak nampak atau tak dengar ka? Pandangan Zulhaidah dikaburi oleh taburan fitnah hingga lost touch with reality!Berapa ramai pemimpin BN keluar parti berbanding PKR? Malah setiap hari semakin ramai ahli-ahli PKR dissillusioned dengan janji-janji dan retorik Anwar, Azmin, Azizah dan Nurul Izzah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
x hairan lah kalau org2 PKR mmng mcm anuar juga.suruh Zulhaidah tanya pegawai ROS sebelum beri komen/tomahan pada org awam
ReplyDeleteSalam Tuan , harap dapat tuan link kan blog sy ke blog hebat tuan , blog tuan tlh sy link kan ke blog saya http://gombakharapan.blogspot.com
ReplyDeleteAsSalamualaikum dan Selamat Sejahtera
ReplyDeleteAlhamdulillah segala prjuangan saya sudah terbukti diterima oleh rakyat walaupun saya di hina di kecam oleh pelbagai pihak tp sy terima dgn hati terbuka.
Di dalam areana politik mmg apa yg saya lakukan akan sntiasa di pandang serong oleh pihak lawan walaupun apa yg dilakukan penuh dgn pengorbanan dan keikhlasan tp tdk pernah dihargai. Itu bukan penghalang buat saya utk terus ke depan brsama masyarakat.
Terlajak perbuatan sehingga gambar2 saya berlakunya pengeditan gambar-gamba saya yg tdk sepatutnya berlaku sudah pun dilakukan. Terlajak kata menghina dan mengeji sya sudah pun terlepas.
Saya dgn rasa rendah diri memaafkan tuan/puan walaupun tanpa anda tahu siapa diri saya. Walaupun ada admin blogspot yg melibatkan nama org tua saya. Hanya Allah SWT saja yg tahu apa yg saya,suami dan anak2 saya rasakan dan alami atas perlakuan pihak admin.
Allah sudah membuktikan bahawa org yg dianiaya akan diangkat doa mereka. Saya amat bersyukur..
Semoga admin dan sahabat seperjuangan sntiasa diberi taufiq dan hidayah termasuk juga saya.
Zulhaidah Suboh