Wednesday, May 4, 2011

NURUL IZZAH TIDAK PERCAYA WONG HO LENG?


Kemana jatuhnya kuah kalau tidak ke nasi? Nurul Izzah seperti bapanya sekali lagi mencabar dan mendesak Ketua Menteri Sarawak untuk menunaikan tiga perkara, iaitu (1) menunaikan Perjanjian 18 Perkara, (2) untuk membatalkan Akta Darurat 1966 dan (3) mendesak Ketua Menteri menuntut tambahan royalti minyak daripada lima peratus kepada 20 peratus kepada kerajaan persekutuan!
Baru dapat tiga DUN PKR dah nak tunjuk taring? Memang sah Nurul Izzah tidak percaya dengan keupayaan Wong Ho Leng serta barisan kabinet impian DAP! DAP baru sahaja membayangkan mereka adalah menteri-menteri di Sarawak, Nurul Izzah sudah buka mulut busuknya! Nurul Izzah juga tidak percaya kepada YB Baru Bian, YB See Chee How dan YB Ali Biju untuk bersuara dalam Dewan Undangan Negeri nanti! Berkemungkinan besar Nurul Izzah memang tahu mereka-mereka ini tidak mampu bersuara dan tidak petah seperti papanya Anwar Ibrahim!
Nurul Izzah cukup bernasib baik dapat jadi YB di Pantai Dalam. Kalau harapkan rupa sahaja, Nurul Izzah kempunan nak jadi YB! Nurul Izzah jadi YB kerana bapanya Ketua Umum PKR, emaknya pula Presiden PKR! Tak payah eksyen la Nurul Izzah! Baru jadi YB tak sampai lima tahun, pengalaman pun masih dikira hujung kuku Pehin Sri Taib jer! Masih terlalu mentah nak cabar pemimpin berpengalaman yang telah berusaha memajukan negeri Sarawak seperti Pehin Sri Taib! Sumbangan Pehin Sri Taib kepada negeri Sarawak sudah dibuktikan berbanding apa yang Nurul izzah sumbang kepada Pantai Dalam! Lagi pun negeri Selangor tu memang dah maju sebelum pukatan pembangkang ambil alih kerajaan! Tak ada apa yang nak dibanggakan oleh PKR!
Nak harapkan ayah Nurul izzah bangunkan Sarawak? Aduuh hai! Semasa jadi Timbalan Perdana Menteri tidak ada apa yang Anwar Ibrahim beri kepada orang-orang Sarawak! Kenapa pada waktu itu Anwar Ibrahim tidak memohon tambahan kepada lima peratus royalti minyak untuk Sarawak? Kenapa Anwar Ibrahim berdiam diri sebagai Timbalan Perdana Menteri dan tidak bertindak untuk mempastikan semua Perjanjian 18 Perkara dilaksanakan di Sarawak?
Nurul Izzah perlu fokus bagaimana nak bantu pengundi-pengundi di Pantai Dalam dan tidak perlu sibuk tentang perkara-perkara di Sarawak. Nurul Izzah menghina kepimpinan negeri Sarawak seperti orang-orang Sarawak tidak tahu memerintah! Mungkin juga Nurul Izzah belajar dari pengalaman nya bapanya yang tidak tahu memerintah dan mentadbir negara dan sebab itu Nurul Izzah samakan orang lain begitu juga!
Lebih baik Nurul Izzah tolong papa kesayangnya selesaikan kemelut yang melanda dirinya daripada menyibuk halo rang lain! Cari jam Omega yang hilang dan cuba buktikan papa kesayangan kamu itu tidak terlibat dalam kes liwat dan video seks! Pujuk papa kamu untuk buat sumpah laknat dan serahkan DNA kepada pihak polis jika benar dia tidak bersalah! Itu tugas seorang anak untuk bersihkan nama papanya, bukan sibuk atau gago (kata orang Sarawak) nak cabar Pehin Sri Taib!

No comments:

Post a Comment