Thursday, May 12, 2011

BARU BIAN DISIASAT?


Yong Seng Chan, pemangku Ketua Cawangan PKR Bandar Kuching menggesa pemimpin PKR pusat untuk menyiasat penglibatan Baru Bian dalam isu pertukaran kawasan antara DAP dan PKR. Yong mendesak Baru Bian dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin parti di atas tindakan tersebut! Dalam pilihan raya lalu DAP mengambilalih kawasan N9 Padungan dan sebagai ganti DAP menyerahkan N11 Batu Lintang kepada PKR! Walau pun kedua-dua calon DAP dan PKR menang, Yong berharap Jawatankuasa Disiplin parti dapat memastikan samada tindakan Baru Bian tersebut adalah keputusan peribadi atau di atas persetujuan bersama jawatankuasa perhubungan parti! Menurut Yong lagi, perkara ini perlu disiasat untuk memulihkan amalan demokrasi dan ketelusan dalam PKR, terutamana dalam Jawatankuasa Perhubungan PKR Sarawak!

Yong menyamakan tindakan Baru Bian sebagai satu tindakan yang boleh mencemar imej PKR! Ini kata Yong ‘the party’s image must not be tarnished by dirty politics and cronyism.the secretive and last minute sell-out of a party comrade for the apparent consolidation of personal power is as chilling as is malicious and against all commonly held values of decency’. Akibat tindakan tersebut Dominique Ng telah digugurkan daripada senarai calon yang akhirnya menyaksikan Dominique Ng keluar PKR dan bertanding sebagai calon BEBAS! Tapi sebenarnya Dominique tidak popular seperti yang beliau sangka kerana beliau kalah teruk dan hilang wang pertaruhan!

PKR Sarawak sememangnya tiada kuasa dan begitu mudah dimanipulasi dan dibeli oleh DAP! Bayangkan kerana perebutan kawasan, DAP sanggup mengambil tindakan mahkamah terhadap Dominique Ng untuk memastikan Dominique Ng tidak boleh bertanding lagi sebagai calon! Itu adalah langkah pertama DAP untuk menguasai keseluruhannya kawasan majoriti Cina. Penyerahan N11 Batu Lintang hanya satu tindakan mengaburi mata PKR! YB See Chee How mungkin hanya bertahan untuk satu penggal sahaja, kerana impian DAP ialah untuk menawan keseluruhan kawasan Bandaraya Kuching!

Memang benar kata YB Datuk Awang Tengah Ali Hassan yang mengatakan pembangkang hanya berpura-pura menunjukkan mereka bersatu walhal mereka sentiasa berusaha untuk menjatuhkan rakan-rakan masing-masing secara diam-diam! Terbukti sudah seperti mana pertikaian antara Baru Bian dan Wong Ho Leng walaupun hanya tentang kabinet bayangan!.Pastinya DAP tidak mahu berkongsi dengan sesiapa seperti juga PKR yang begitu kemaruk untuk berkuasa dan meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri! Mana mungkin itu berlaku kerana Lim Guan Eng dan ayahnya Lim Kit Siang tidak akan memberi muka kepada PKR! Baru Bian masih tidak sedar beliau bukan hanya tunggangan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali sahaja, tetapi juga kuda tunggangan Wong Ho Leng dan Chong Chieng Jen!

Realitinya DAP, PKR dan PAS tidak sehaluan dan tidak sekata kerana mempunyai visi, misi serta matlamat yang amat berbeza! Namun DAP, PKR dan PAS sanggup mengenepikan prinsip dan perjuangan masing-masing kerana satu matlamat! Matlamat mereka untuk menumbangkan BN! Siapa Perdana Menteri bukan satu persoalan dan bagaimana mentadbir negara bukan satu perjuangan yang harus diambilkira! Keutamaan mereka ialah BN harus dikalahkan terlebih dahulu! Sebab itu kita lihat mereka akan bercakaran sesama sendiri untuk menentukan siapa layak dan tidak layak sebagai Perdana Menteri walaupun lidah mereka TERPAKSA mengatakan Anwar Ibrahim layak! DAP dan PAS akan mengungkitkan segala-galanya tentang Anwar Ibrahim jika mereka sudah ada kuasa ditangan mereka! Buat masa ini mereka perlu menggunakan Anwar Ibrahim walau pun Anwar Ibrahim dipalit dengan berbagai kontroversi serta masalah!

Perjuangan DAP adalah untuk melaksanakan kesamarataan! Tiada status bumiputera, tiada kouta bumiputera dan tiada hak-hak Melayu! Macam perjuangan dalam Malayan Union! PAS pula ingin menjadikan Malaysia negara Islam! Melaksanakan hukum hudud (walaupun di Kelantan meraka tak pernah laksanakan hukum hudud sejak jadi pemerintah atau jadikan Kelantan negeri Islam hanya tukar nama jadi Serambi Mekah)! Kewujudaan PKR dalam politik negara adalah semata-mata untuk membela manusia yang diberi gelaran ‘anugerah tuhan’ oleh isterinya! Pemimpin serta ahli-ahli PKR sudah ditarbiyahkan supaya mempertahankan Anwar Ibrahim(walaupun pelbagai bukti dikemukakan tentang salahlaku) dan memastikan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia!

Maka jika dilihat balik kenyataan Yong Sen Chan, adalah sesuatu yang pelik seandainya Baru Bian tidak membawa perkara tersebut kepada Jawatankuasa Perhubungan Negeri! Itu tugas seorang ketua dan pemimpin! Itu yang dipropaganda oleh PKR sebagai ‘consensual decision’, iaitu keputusan bersama, ada ketelusan dan demokrasi! Amat sukar diterima akal jika PKR pusat tidak tahu dan tidak setuju! Kalau PKR pusat tidak setuju tentunya Dominique Ng masih ahli PKR dan mempertahankan Padungan! Kalau benar itu hanya keputusan Baru Bian, maka Baru Bian harus bertanggungjawab dan bersedia melepaskan jawatan sebagai Ketua Perhubungan PKR Sarawak atau terus keluar dari PKR!

No comments:

Post a Comment