Monday, May 9, 2011

KABINET BAYANGAN TERUS DIHANTUI BAYANGAN PKR!


Kecewa and marah, itulah perasaan Wong Ho Leng terhadap Baru Bian! Wong Ho Leng cukup geram hingga terpaksa bertindak akan memohon surat kuasa daripada pemimpin PKR seandainya menghantar wakil mereka ke mesyuarat pukatan pembangkang! Tindakan itu terpaksa dilakukan setelah Baru Bian mempertikaikan kesahihan kabinet impian DAP! Ibi Uding, John Tenewi Nuek and Vernon Kedit tidak ada kuasa untuk bersetuju atau tidak setuju dengan keputusan mesyuarat pukatan kata Baru Bian terhadap tiga wakil PKR yang hadir di mesyuarat tersebut! Lebih teruk lagi Baru Bian langsung tidak bersetuju kenapa DAP mempunyai ramai ‘menteri bayangan’ berbanding PKR!

Betul atau tidak tindakan Wong Ho Leng, hanya rakan pukatan mereka yang tahu! Apa yang kita tahu ialah pukatan pembangkang sudah mula sangsi terhadap tindakan masing-masing walau pun hanya pada kabinet bayangan! Apa akan berlaku jika mereka benar-benar mampu menawan Sarawak?
Jelas PKR tidak akan berganjak dengan keputusan mereka sepertimana mereka membuang SNAP sebagai rakan! Ketamakan PKR untuk berkuasa dan menjadi pemimpin utama dalam pukatan pembangkang telah menjejas dan merosakkan impian mereka sendiri! Tindak tanduk PKR sendiri mencerminkan PKR tidak mahu berkongsi kuasa dengan sesiapa pun, jika boleh, namun mereka terpaksa membohongi diri mereka dan rakyat dengan bergabung bersama DAP dan PAS!

Kegagalan PKR dan SNAP untuk bersetuju tentang pengagihan kawasan akhirnya memaksa SNAP keluar dari pukatan! Pergeseran SNAP dan PKR memakan diri sendiri! SNAP punah manakala PKR hanya dapat tiga kawasan! Pun begitu PKR masih bernafsu besar walaupun sedar DAP berhak menjadi pemimpin utama pukatan pembangkang sebab mereka menang 13 kawasan! Kenapa Baru Bian tidak puashati dengan Wong Ho Leng?

Baru Bian rasa teramat malu dengan penduduk Sarawak setelah beliau diangkat dan dicanangkan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru oleh pemimpin pukatan, termasuk pemimpin DAP sendiri! Akhirnya Baru Bian hanya dilantik sebagai menteri bayangan oleh Wong Ho Leng yang melantik dirinya sebagai Ketua Menteri bayangan! Poster dan berbagai risalah meletak gambar Baru Bian sebagai Ketua Menteri..tetapi tiba-tiba Wong Ho Leng pulak ambil alih kuasa!

Memang kabinet bayangan DAP berhantu dan akan terus dihantui oleh PKR yang begitu kemaruk untuk berkuasa!

No comments:

Post a Comment