Wednesday, March 9, 2011

Ibi Uding dan Angela Jabing Tiada Dalam Senarai Calon PKR!


Semuanya muka baru, kata Zuraida Kamaruddin! Bomoh tua PKR kata enam calon wanita PKR muka baru dan bukan calon kitar semula. Ini bermakna Ibi Uding yang kalah kepada Snowdan di N25 Balai Ringin dalam tahun 2006 hanya akan menjadi penonton dalam pilihan raya negeri akan datang.

Ibi Uding sudah bekerja keras di Balai Ringin dan dipercayai akan bertanding atas tiket SNAP atau BEBAS jika diketepikan oleh PKR. Begitu juga dengan Angela Jabing di kawasan Engkilili.Dalam pada itu, sumber dalaman mengatakan PKR terpaksa berbuat demikian sebagai menyahut cabaran Taib Mahmud untuk tidak menyenaraikan semula calon-calon yang kalah dalam pilihan raya negeri akan datang.

Ini bermakna Baru Bian tidak akan bertanding lagi selepas kalah dalam tiga pilihan raya! Tapi kebiasannya pembangkang hanya pandai cakap saja. Mana mungkin Baru Bian tidak bertanding sedang beliau bercita-cita untuk menjadi Ketua Menteri!

Apa pun kepada Ibi Uding dan Angela Jabing jangan patah semangat kerana masih ada platform lain untuk menjadi calon seperti SNAP, KITA, MCLM dan juga UBF! Di khabarkan mereka sedang mencari calon-calon yang berpotensi dan berkaliber untuk diketengahkan dalam pilihan raya negeri nanti.

No comments:

Post a Comment