Sunday, March 6, 2011

PKR akan bertanding di semua 71 kawasan DUN


Desas desus mengatakan PKR akan bertanding di semua kawasan DUN! Keputusan ini dikatakan ada kaitan dengan tindakan Chong Chieng Jen dan bapanya menyaman Dominique Ng dari PKR sebanyak RM200,000.00. Saman tersebut boleh menyebabkan Dominique diisytihar bankrap dan tidak lagi layak sebagai ADUN . Ini akan memberi peluang DAP bertanding di Padungan.

PKR sebelum ini mengumumkan akan bertanding di 40 kawasan, kemudian 52 kawasan dan hari ini dikatakan telah membuat keputusan untuk bertanding di semua kawasan. SNAP sebelum ini akan keluar dari pakatan pembangkang kerana tidak berpuashati dengan tindakan PKR!

PKR perlu bertanding di semua kawasan DUN jika bercita-cita untuk memerintah negeri Sarawak. Berdasarkan senario semasa, jika PKR tidak bertanding di semua kawasan ada kemungkinan DAP memenangi lebih banyak kerusi daripada PKR! Seandainya pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya negeri akan datang, adalah mustahil DAP serah jawatan Ketua Menteri kepada Baru Bian jika PKR hanya menang satu atau dua kawasan sahaja!. Wong Ho Leng dan Chong Chieng Jen juga mempunyai cita-cita untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak dan bukan Baru Bian sahaja!

SNAP juga berpeluang besar berrtanding tanpa perlu bergabung dengan PKR, DAP dan PAS! Edwin Dundang juga berpeluang menjadi Ketua Menteri Sarawak jika SNAP mampu pengaruhi minda kaum DAYAK yang inginkan DAYAK menguasai semua aspek negeri Sarawak. Menurut Dr.John Brian Anthony, Dayak akan menjadi kaya raya serta merta dan semua pentadbiran negeri akan diambil oleh kaum Dayak! Kaum-kaum lain tidak penting kerana Dayak majoriti! Cina dan Melayu akan jadi kuli sahaja!

Baru Bian akan pastikan PKR berkuasa ke atas DAP, PAS dan SNAP!. Tengok la bagaimana Anwar boleh control Lim Guan Eng dan Nik Aziz begitu juga la Baru Bian terhadap Wong Ho Leng, Chong Chieng Jen, Edwin Dundang dan Abang Eddy!. Baru Bian nak pastikan kaum Orang Ulu berkuasa walaupun mereka minoriti! Pengalaman pahit Baru Bian bersama PBDS yang dikawal sepenuhnya oleh Iban dan Cina mengajar Baru Bian untuk lebih berhati-hati terhadap pemimpin Iban dan Cina! PKR tidak akan sekali-kali menyerah kuasa kepada sesiapa! Buktinya Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim!

No comments:

Post a Comment