Thursday, March 31, 2011

Oii Anwar!! Inilah Sarawak!


Anwar semalam hampir tak dapat nak tagih simpati penduduk Sinjan Jaya. Tindakan polis menghalang perhimpunan haram tersebut harus dipuji. Menurut saksi yang menghadiri ceramah Anwar, Anwar lebih banyak bercerita tentang konspirasi kerajaan terhadap dirinya supaya orang Sarawak simpati dengan nasibnya.

Itulah bahan yang akan dijaja oleh PKR ke seluruh negeri Sarawak. Perjuangan untuk membela nasib Anwar Ibrahim, bukan nak bantu rakyat seperti yang diwar-warkan Baru Bian! Mungkin sebab itulah semakin ramai orang-orang PKR keluar parti! Muak dengan perjuangan yang tiada hala tujunya!

Anwar! Ini Sarawak. Di Sarawak orang patuhi undang-undang. Kalau nak berceramah minta lah permit! Jangan hentam keromo..jangan masuk sembarangan! Tak payah bawa cerita kesengsaraan duduk dalam penjara! Tak perlu! Kalau nak motivasikan orang cerita dengan banduan-banduan dalam penjara supaya mereka sedar kesalahan mereka! Supaya mereka bertobat!

2 comments:

  1. otak orang sarawak jumud sebab tu negeri mundur

    ReplyDelete
  2. siapa kata sarawak mundur, otak org swak semakin berkembang.hanya bagi mereka memahami geography swak tahu bagaimana mahu membangunnya mengikut secara yg di rancang,jgn buat cepat sampai ada kita lihat di tv bangunan retak,tanah runtuh, air bocor dari siling,jalanraya cantik tapi ramai yg terbaring,jejantas retak & banyak lagi.sebagai anak swak,saya gembira sarawak sekarang semakin dikenali dan semakin membangun dengan pesat.klu lah sarawak ni masih mundur,cam mana kerajaan nak ujudkan bidang ICT,penggunaan internet yg semakin moden dan canggih ini.

    ReplyDelete