Wednesday, March 16, 2011

Baru Bian Terkilan!


Kali ini SNAP benar-benar menghancurkan harapan Baru Bian! Terkedu Baru Bian mendengar pengumuman Edwin Dundang. Hancur luluh harapan Baru Bian nak jadi Ketua Menteri sebab dia tahu SNAP akan kacau kawasan bumiputera PKR! Disebabkan itu lah Baru Bian hanya beri lapan kawasan kepada SNAP supaya beliau boleh kontrol SNAP!

Sayang sekali Baru Bian lambat berbanding Edwin Dundang walaupun lebih tua dari Baru Bian cepat bertindak! Edwin Dundang kata SNAP hanya umum 16 orang sahaja dulu untuk bagitau PKR yang mereka sudah ada calon, tak perlu la Baru Bian sakit kepala pikir sapa calon di 16 kawasan tersebut!. Apa pun tindakan Edwin Dundang pasti mengundang kemarahan penyokong dan pemimpin PKR, khususnya Baru Bian, Anwar Ibrahim dan Azmin Ali!.

Azmin Ali pernah memberi amaran kepada SNAP supaya bertindak berlandaskan perjanjian dalam pakatan pembangkang dan bukanya bertindak sesuka hati. SNAP tidak akan mengalah kata Edwin Dundang tetapi bersedia berbincang dengan PKR dalam pengagihan kawasan. Bagaimana Baru Bian? Nak berunding lagi ka? Pilihan raya tak lama lagi nie?

No comments:

Post a Comment