Sunday, April 10, 2011

Siapa Anwar ?


Itu kata Senator Ezam Mohd Nor bekas orang kanan Anwar. Kawan yang bantu keluarga Anwar semasa Anwar dalam penjara! Orang yang berjuang berhabisan untuk Anwar! Kenapa dia bermatian untuk Anwar? Katanya sebab dulu dia tidak percaya Anwar buat * #%^! Senator Ezam ambik lebih kurang enam bulan untuk siasat kebenaran untuk tepis tohmahan dan dakwaan. Semakin disiasat semakin jelas Anwar buat%#$* berdasarkan beberapa petunjuk kata Senator Ezam! Sebab itu dia ambik keputusan keluar dari PKR sebab tidak mahu bersubahat dan menanggung dosa!

Maka Senator Ezam ajak orang-orang Sarawak yang masih buta mata pekak telinga yang masih menyokong Anwar keluar PKR!Senator Ezam kata dia salah soerang pengasas PKR dan dia tahu apa matlamat sebenar PKR! Dr.Chandra Muzaffar pun dah keluar PKR dan ramai lagi pengasas keluar kerana muak dengan perjuangan hanya untuk mengangkat Anwar jadi PM!

Adalah satu malapetaka bagi orang-orang Sarawak jika terus percaya cakap PKR, cakap Anwar, cakap Azmin, cakap Baru Bian! Anwar janji nak tolong orang Kpg.Buah Pala..tapi apa jadi? PKR kata mereka telus dan demokratik tapi tak benarkan media perdana buat liputan pemilihan parti! Anwar kata Pehin Sri Taib amal nepotisme..tapi siapa Nurul Izzah dan Wan Azizah? Bagaimana dengan Lim Kit Siang dengan Lim Guang Eng? Bagaimana dengan anak-anak Karpal Singh?

Jika pembangkang menang pasti akan berlaku macam Perak! Semua berebut nak jadi Ketua Menteri! Belum berkuasa pun sudah berebut-rebut! Tengok la macamana dia orang berebut kawasan! Lepas dengar ceramah Senator Ezam, Harun Ghani dan Hamdan harap-harap orang Sarawak terutamanya yang menyokonh PKR membuta tuli......buka mata buka hati untuk hentikan perjuangan mereka dan bersama mempertahankan Sarawak dari pencerobohan gerombolan yang tidak pernah bersyukur dan berterima kasih!

No comments:

Post a Comment