Saturday, April 23, 2011

Chong Chieng Jen Tidak Setuju


DAP is a national party and to merge with another party is not something simple kata Chong Chieng Jen!. Chong lebih selesa bekerjasama daripada bergabung dengan SNAP! Amat jelas pandangan Chong ini menunjukkan beliau tidak senang hati dengan cadangan Lim Kit Siang yang mengajak SNAP untuk bergabung dengan DAP. Cadangan Lim Kit Siang juga mendapat tentangan daripada Baru Bian dari PKR!

Baru Bian terkejut dengan cadangan Lim Kit Siang yang di sifat tidak memberi muka kepada PKR sebagai rakan dalam pembangkang. Menurut Baru Bian, DAP seolah-olah membelakang dan memperkecilkan PKR dalam membuat keputusan tersebut. Baru Bian juga terkilan Lim Kit Siang masih mahukan SNAP sedangkan SNAP menikam mereka dari belakang dalam pilihan raya yang lalu.

Dalam pada itu Stanley Jugol cuba mententeramkan penyokong-penyokong SNAP dengan mengatakan ahli-ahli SNAP diberi peluang untuk membuat keputusan hasil cadangan Lim Kit Siang. Manakala Lim Kit Siang pula cuba mengalih kemarahan PKR dengan menyebut, ia hanya satu cadangan dan akan kekal sebagai cadangan!

Jika Chong Chieng Jen sendiri tidak bersetuju adakah pemimpin lain dalam DAP Sarawak setuju? Berkemungkinan tidak tetapi siapa berani menyuarakan pandangan yang berbeza dengan Lim Kit Siang! Pemimpin Cina paling lama menjadi ahli Yang Berhormat di Malaysia! Pun begitu jika berlaku penggabungan, kemana arah pemimpin senior dalam SNAP seperti Daniel Tajem, Edwin Dundang dan sebagainya! Jangan kerana nak berkuasa SNAP juga sanggup jual maruah mereka kepada Lim, Chong dan Wong!

No comments:

Post a Comment