Wednesday, April 20, 2011

Edwin Dundang Nak Kahwin Lagi ?


DAP mendabik dada setelah berjaya menumbangkan SUPP di beberapa kawasan majoriti Cina. Malah Chong Chieng Jen dengan bongkak mengatakan DAP boleh menawan kawasan bumiputera jika diberi peluang!

Berdasarkan majoriti besar yang diperolehi DAP menghulur tangan kepada SNAP untuk bergabung supaya DAP boleh diterima di kawasan bumiputera! 'Dayak Political Awakening' kata Stanley Jugol, Setiausaha Agung SNAP yang menimbang tawaran DAP. Dulu SNAP menyertai pakatan pembangkang dan akhirnya berpisah setelah tidak bersetuju dengan agihan kawasan yang terlalu sedikit!



Berdasarkan sejarah SNAP satu ketika dipimpin oleh James Wong Kim Min, seorang towkay yang kaya raya. Di bawah kepimpinan James Wong, SNAP mempunyai 19 wakil rakyat, iaitu yang kedua terbesar selepas PBB. Akibat krisis dalaman beberapa pemimpin SNAP keluar parti dan menubuhkan PBDS. Punca krisis, James Wong Kim Min hendaklah melantik anaknya Richard Wong sebagai pengganti Presiden SNAP, jika beliau bersara.

Krisis tersebut tidak mematahkan semangat SNAP yang masih lagi anggota BN untuk berjuang hingga berlaku krisis kedua, apabila William Mawan Ikom keluar parti dan menubuhkan SPDP.

Kalau dulu SNAP berpecah kerana isu pemimpin Cina, bagaimanakah SNAP boleh bergabung dan menerima arahan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Wong Ho Leng dan Chong Chien Jen? Bagaimana pula isu senioriti dalam parti? Mahukan Stanley Jugol dan Edwin Dundang menjadi ahli jawatankuasa sahaja dalam DAP?

Bolehkah Edwin Dundang menerima dasar DAP, iaitu 'HAPUSKAN HAK BUMIPUTERA'? Kalau Edwin Dundang sanggup menjadi 'ukoi' kepada Dinasti Lim maka benarlah pandangan Baru Bian bahawa pemimpin Iban tidak boleh dipercayai! Adakah Edwin Dundang sanggup menggadai maruah bumiputera semata-mata nak menjadi YB dan berkuasa?

Isu Sarawak For Sarawakian sudah tidak relevan lagi untuk SNAP jika SNAP meneruskan hasrat untuk bergabung dengan DAP! SNAP akan menyerahkan semua keputusan menentukan calon kepada Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng atau Presiden DAP, Karpal Singh! Jika SNAP membenci UMNO kerana UMNO adalah parti dari semenanjung yang memerintah negara, tetapi peliknya SNAP tidak membenci DAP dan PKR yang juga datang dari seberang!

No comments:

Post a Comment