Wednesday, April 13, 2011

KEJAHATAN PERLU DIBERITAHU

Saya nak kongsi satu tulisan dari seorang kawan yang menyentuh kenapa kejahatan anwar perlu didedahkan kepada masyarakat.



Isu video seks yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) hangat diperkatakan oleh orang ramai. Ianya mula didedahkan oleh kumpulan Datuk “ T ”, kemudiannya dimuatkan dalam blog-blog politik dan disiarkan oleh media cetak dan elektronik. Akibatnya pakatan pembangkang terus menyalahkan Barisan Nasional (BN) terutamanya UMNO yang dikaitkan sebagai dalang kepada isu ini.
Sebagai sekutu dalam Pakatan Rakyat (PR), PAS juga tidak terlepas menyelar BN dan pihak-pihak yang menyebarkan video ini sebagai pembuat fitnah, pengamal politik kotor dan tidak bermoral.
Anehnya, sebelum ini pihak pembangkang juga melakukan perkara yang sama terhadap pemimpin BN tetapi tidak pula timbul soal fitnah, politik kotor mahu pun masalah moral.


Ulasan:
Dalam soal memilih pemimpin, terdapat keharusan yang dibenarkan oleh tokoh-tokoh Islam untuk mendedahkan kejahatan yang dilakukan oleh orang yang menawarkan diri untuk jawatan tersebut agar kepentingan agama dan umat dapat dijaga dengan sebaik mungkin.
Sebagai contoh, Al-Nawawi (rahimahuLlah) mengkhususkan satu bab dalam
kitabnya Riyadhu al-Salihin tentang umpatan (atau kata mengata yang
tidak disukai di belakang tuannya) yang diharuskan (dibolehkan) syarak. Beliau
menyenaraikan 6 sebab umpatan itu menjadi harus:

Pertama: Untuk mengadukan kezaliman. Harus bagi orang yang dizalimi untuk
memberitahu pihak yang boleh menolongnya daripada terus dizalimi
penzalim.

Kedua: Meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran
dengan mengadu kepada pihak yang berupaya mengubahnya dan menceritakan
(mengumpat) perbuatan salah atau mungkar yang dilakukan.

Ketiga: Meminta fatwa tentang sesuatu hukum agama yang ada kaitan dengan pihak
yang diumpat dengan syarat umpatan itu perlu dilakukan untuk
memahamkan orang yang diminta fatwa. Jika boleh difahami tanpa
umpatan, maka umpatan tidak harus ketika itu.

Keempat: Memberi ingatan dan nasihat kepada orang Islam lain tentang keburukan yang dilakukan oleh orang yang diumpat.

Kelima: Mengumpat orang yang terang-terangan melakukan kefasikan dan maksiat seperti peminum arak, penceroboh, pengumpul harta orang secara zalim (termasuk
perasuah), pelaksana kerja-kerja batil dan seumpamanya.

Keenam: Memberi pengenalan seseorang yang mana jika tidak diumpat sedikit maka
orang tidak akan mengenalinya, tetapi jika boleh dikenali dengan tidak
mengumpatnya, maka mengumpat ketika itu adalah haram.

Kesimpulan :
Oleh kerana DSAI bercita-cita besar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia sedangkan beliau mempunyai masalah moral yang teruk, sokongan terhadap fahaman pluralism, penyalahgunaan kuasa dan lain-lain, maka wajarlah kejahatan yang dilakukan oleh beliau didedahkan kepada umum agar rakyat tidak tersalah pilih dan akhirnya akan merana akibat pangkahan tangan mereka sendiri.

pikir-pikirlah wahai orang-orang sarawak!

2 comments:

  1. Jika CONFIRM- Anwar berzina/liwat dengan sabit mengikut Prosedur Syariah aku setuju dia dihukum mengikut Hukuman Hudud-Jinayah Zina, penzina/peliwat yang telah berkahwin diREJAM dengan batu sampai MATI. Insyaallah kita sama2 laksanakan perintah Allah tu.

    Jika Prosedur Syariah TIDAK dapat buktikan kesalahan Anwar, maka wajib juga segala manusia beragama Islam yang bawa kes Liwat I (1998), Liwat II (2008) dan Kes videoZina (2011) yang menuduh Anwar selama ini dihukum mengikut hukuman Hudud-Jinayah Qazaf, pembohong & pemfitnah diSEBAT 80 rotan & tidak layak menjadi saksi selama-lamanya. i.i saksi- termasuk jadi wali/ imam/ pemimpin.

    ReplyDelete
  2. DOSA BESAR TERHADAP FITNAH ZINA/LIWAT:

    Surah An Nur, Ayat:
    [11] Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

    [12] Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: “Ini ialah tuduhan dusta yang nyata”.

    [13] Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.

    [14] Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; -

    [15] Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

    [16] Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: “Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan”.

    [17] Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.

    [18] Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

    [19] Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).

    [20] Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Amat melimpah belas kasihanNya, (tentulah kamu akan ditimpa azab dengan serta-merta).

    ReplyDelete