Thursday, April 21, 2011

Rumah Siap Pahat Berbunyi

BN Sarawak amat bernasib baik kerana masih mampu menang dua pertiga. BN dikatakan bernasib baik kerana jika dilihat sebelum pilihan raya bermacam-macam krisis melanda parti-parti komponen.
Pertama ialah krisis dalaman SUPP. Hingga ke hari ini krisis tersebut belum lagi berakhir dan menyebabkan SUPP hilang 13 kawasan dalam pilihan raya yang baru lalu. Perebutan kuasa dalam SUPP menyebabkan semakin ramai golongan muda dan profesional Cina menjauhkan diri dan menyertai DAP atau pun PKR. Isu perletakkan jawatan Dr.George Chan bukan perkara baru, malah Dr.George Chan sudah berjanji untuk meletak jawatan sebanyak tiga kali tetapi hingga ke akhirnya tiada tindakan! Terbaru Dr.George Chan kata nak meletak jawatan tetapi menyerahkan kepada CWC. Kalau nak letak jawatan terus jer letak jawatan dan tak perlu menunggu keputusan CWC parti! Inilah yang diperkatakan oleh kebanyakkan kaum Cina yang mula beralih arah kepada DAP! Dr.George Chan kemudian mengatakan kepimpinan BN terlalu lewat mengambil perhatian dan menyelesaikan masalah rakyat, terutamanya rungutan kaum Cina sebagai punca SUPP kalah teruk dalam pilihan raya kali ini!
Kedua ialah masalah PRS dengan Larry Sng. Masalah tersebut berlanjutan hingga ke hari penyenaraian calon dan akhirnya Sng tidak mempertahankan Pelagus. Akibat itu N.54 Pelagus terlepas ke tangan calon BEBAS, iaitu bapa saudara tiri Larry Sng! Presiden parti mula menyalahkan pihak tertentu kerana tidak membekukan peruntukkan Larry Sng yang didakwa memberi peruntukkan tersebut kepada pengundi Pelagus semasa pilihan raya!
Ketiga, walaupun krisis SPDP dikatakan selesai namun jelas SPDP gagal melihat kelemahan Timbalan Presiden yang berulangkali dituntut oleh pengundi kawasan supaya tidak dipilih sebagai calon! Pemilihan calon di Ba Kelalan terlalu lewat hinggakan Willy Liau diumumkan disaat-saat akhir! Kenapa tidak letakkan Nelson Balang Rining sahaja jika begitu sukar kaum Orang Ulu untuk menentang Baru Bian? Adakah Willy Liau juga seorang reluctant politician?
Keempat, krisis dalaman PBB, parti tulang belakang BN! Mungkin ramai melihat PBB tiada krisis kerana pemimpin PBB bijak menangani isu-isu dalaman yang melibatkan ahli-ahli PBB yang tidak berpuashati. Namun masalah yang masih belum selesai ialah masalah sayap Pemuda PBB. Semalam Ketua Pemuda PBB Kidurong mengumumkan keluar parti bersama beberapa orang ahli dan dikuti oleh beberapa beberapa bahagian lain seperti di N48 Pelawan! Isu nya ? Mereka tidak berpuashati dengan kepimpinan Ketua Pemuda, iaitu YB Datuk Fadillah Yusoff, Timbalan Menteri Sains dan Teknologi!
Persoalannya benarkah Datuk Fadillah Yusoff tidak tahu memimpin? Jika tidak kenapa beliau dipilih? Atau adakah ini semua agenda pihak tertentu untuk menyingkirkan Datuk Fadillah Yusof dalam parti dan sekaligus dari bertanding dalam pilihan raya umum akan datang?

Jika dilihat kepada senario ini,sememangnya BN Sarawak bernasib baik sangat-sangat kerana rakyat masih mahu mengundi BN, terutamanya pengundi bumiputera! Kenapa? Kerana merasakan BN masih relevan dan mampu membawa perubahan kepada rakyat dan negeri Sarawak! Tapi sejauhmana BN boleh bertahan jika pemimpin-pemimpin komponen parti dan ahli-ahlinya sentiasa bertelagah semata-mata kerana mengimpikan jawatan dan habuan yang bakal diterima!

Jika parti-parti komponen masih tidak mahu belajar daripada beberapa kesilapan UMNO, MCA dan MIC,tidak mustahil DAP, PKR dan PAS mampu merobek benteng kepercayaan rakyat terhadap BN Sarawak!

Awas! Jangan nanti BN Sarawak menang sorak kampung tergadai! Panas pilihan raya baru nak reda, sudah ada ahli dan kepimpinan BN yang tidak berpuashahti..seperti rumah siap pahat berbunyi!

1 comment:

  1. mohon dipaut link saya pada blog tuan,sudah saya berbuat jua :)

    http://www.rajahbinai.blogspot.com

    terima kasih :D

    ReplyDelete