Monday, April 25, 2011

Gunting Dalam Lipatan


BN Sarawak menang majoriti dua pertiga dalam pilihan raya yang baru lalu. Meskipun menang besar BN mengalami kekalahan teruk di kawasan pengundi majoriti Cina. Akibatnya SUPP hilang 13 daripada 15 kawasan majoriti Cina kepada DAP dan PKR. Kemenangan besar DAP ini dianggap oleh Chong Chieng Jen dari DAP, Khairy Jamaluddin dari UMNO dan Gan Ping Sieu dari MCA sebagai petanda rakyat tidak suka kepada Pehin Sri Taib Mahmud dan beliau perlu berundur!

Malang bagi BN Sarawak walaupun mendapat bantuan dari rakan-rakan komponen lain dari Semenanjung, tetapi ada seorang dua pemimpin yang tidak menghormati kehendak orang-orang Sarawak dan bersikap seperti gunting dalam lipatan! Kalau lah benar orang-orang Sarawak tidak suka kepada Pehin Sri Taib Mahmud, BN tidak akan menang majoriti dua pertiga dan Pehin Sri Taib Mahmud tidak akan mendapat 6000 lebih undi!

Maaf Kahiry Jamaluddin dan Gan Ping Sieu! Kedua-dua Yang Berhormat sepatutnya melihat dari berbagai sudut, bukan hanya melihat dari sudut pandangan kaum Cina semata-mata! Di Sarawak terdapat lebih dari 30 etnik dan hanya satu etnik sahaja yang tidak mengundi BN! Itu pun di bandar-bandar besar! Tetapi orang bumiputera Sarawak masih mahukan BN dan masih perlukan kepimpinan Pehin Sri Taib Mahmud!

Sebagai orang bijak pandai, Khairy dan Gan patut buat kajian bagaimanakah kaum Cina di Malaysia ini boleh mengawal ekonomi negara, jadi kaya raya, termasuklah Gan sendiri! Khairy dan Gan sebagai pemimpin pemuda harus membuat homework untuk mengenalpasti kenapa belia-belia di Malaysia tidak suka kepada BN dan cari penyelesaiannya, bukan menyibuk menyeru Pehin Sri Taib letak jawatan! Gan, khususnya sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan perlu cari kaedah yang lebih baik untuk tingkatkan mutu sukan negara setelah DILANTIK sebagai Senator untuk membolehkan beliau menjadi Timbalan Menteri! Kahiry pula perlu berfikir kenapa Ketua Pemuda UMNO tidak mempunyai jawatan dalam kabinet? Pikir-pikirkanlah..dan jangan syok sendiri. Tidak salah untuk menegur dan mencadang tetapi biarlah menggunakan forum yang sesuai!

Pehin Sri Taib banyak berjasa kepada semua penduduk Sarawak, termasuklah kaum Cina! Pehin Sri Taib juga bukan malaikat yang tidak mempunyai kelemahan dan kesilapan tetapi Pehin Sri Taib tidak mengabaikan tanggungjawab untuk membangunkan Sarawak, berbanding Nik Aziz di Kelantan! Kalau boleh dikira dengan jari, kaum Cina di Sarawak banyak yang kaya raya! Siapa peniaga-peniaga dalam pasaraya-pasaraya besar di Sarawak? Lihat sahaja di Wisma Saberkas, cukup sukar untuk melihat muka orang Melayu menjadi peniaga, tak kira apa jenis barangan yang dijual! Lihat di hospital-hospital kerajaan dan swasta, kaum mana paling banyak jadi doktor? Cari lah nama-nama peguam dan peguambela di Sarawak, 90 peratus daripada mereka adalah kaum Cina! Begitu juga dengan jurutera-jurutera! Kaum Cina sudah dikenali sebagai golongan yang professional, golongan peniaga sejak dari dulu lagi!

Pehin Sri Taib sudah mengumumkan akan bersara dan biarlah dia memilih siapa yang paling layak untuk memimpin Sarawak! Kalau Khairy Jamaluddin dan Gan Ping Sieu, tutup mulut dan fokus kepada kemenangan BN di PRU 13 nanti!

No comments:

Post a Comment