Sunday, February 27, 2011

Baru Bian Terliur


Agaknya Baru Bian dan sekutunya dah mula meliur bila taib Mahmud kata BN dah bersedia! Dulu mereka meliur melihat isteri Taib yang muda jelita hingga macam-macam tohmahan mereka perkata..la nie mereka terliur nak merasa jadi waibee (YB)! Maklum la mereka tersangat konfiden nak ambik alih kuasa di Sarawak! Mungkin dah ada dikalangan ahli-ahli PKR dan PAS termimpi-mimpi bagaimana nak bercakap tentang isu-isu di DUN nanti!

Baru Bian begitu yakin beliau menang di Ba Kelalan! Sebagai loyar Baru Biang memang mahir berkata-kata dan manipulasikan fakta! Maklumla loyar, kalau tak putar belitkan fakta sukar nak menang kes di mahkamah! Sebab itu la Baru Bian dah berani cabar Taib Mahmud untuk berdebat! Debat pasal tanah! Apa pertaruhan debat, Baru Bian? Ragad Walid? Ha ha ha..

Apa jadah nak berdebat? Boleh selesaikan masalah rakyat ka? Bodoh betul orang-orang PKR nie! Stereotaip betul! Dulu Anwar ajak Najib berdebat. Lepas tu si Ahmad Nazib (siapa dia nie?) ajak Datuk Fadillah pula. Sekarang nie si Baru Bian ajak Taib Mahmud pula!

Thursday, February 24, 2011

Lama Dah Tahu


Dalang RFS? Lama dah tahu itu kerja Peter John Jaban. Malas nak cerita sebab tahu Peter John suka glamour, suka publisiti!.Sapa tak kenal Peter John? Semua orang kenal! Memang dia sentiasa ambil peluang dan kesempatan terutamanya jika ada orang sanggup 'bayar'! Nak tahu lebih lanjut dengar cerita aisanda.

Tanya la berapa orang bini Peter John sekarang? Peter John tukar bini macam tukar baju! Bila dah tak 'sedap' lagi..cari bini baru! Peter John suka tayang 'his new conquest' dengan teman-teman. Itu aku salute Peter John. Memang pandai tipu perempuan! Entah-entah si Clare Rewcastle pun dah kena balun Peter John! Anything goes bagi Peter John ni, bukan dia kira sangat..nama pun dah Papa Orang Utan..semua orang tahu macam mana perangai haiwan..kalau dia nak..anytime, anywhere and anyone!


Kalau sapa nak percaya Peter John nie terpulang la. Biasa bagi frustrated political frog untuk kutuk kerajaan! Platform dia sekarang atas nama Dayak! Tapi jangan keliru..Papa Orang Utan nie seorang opportunist!

Thursday, February 17, 2011

PAS Nak Lebih Kerusi?


Macam SNAP PAS nak lebih dari tiga kawasan dalam pilihan raya akan datang. Mahfuz kata nak tambah lima kerusi lagi! Baiknya PAS bagi laluan dengan kawan2 sepakatan!!. Itupun Mahfuz kata, kalau orang tak bagi tak apa la..satu kerusi pun satu kerusi la.. Memang betul la apa yang Mukapetang kata..PAS Mengemis Kerusi Dari pakatan Sarawak.

Mahfuz kata nak bertanding di Beting Maro saja kalau PR tak mahu beri lebih! Kesiannya PAS! Alahaaiii..! Yakin ka boleh menang di Beting Maro? Di Beting maro PAS hanya mampu bagi bendera jer untuk dikibarkan oleh nelayan..saja nak nampak meriah!

Begitu la semangat PAS di Sarawak! Setakat nak ikut serta dalam 'rombongan pakatan' saja! Nak bentangkan pelan pembangunan? Harap maaf! Negeri Kelantan yang kecik tu pun tak terurus..apalagi nak tadbir urus negeri Sarawak? Agaknya yang akan menyokong PAS di Sarawak ialah orang-orang yang suka 'bini orang' buat dalam kereta api ka..sebab Nik Aziz boleh terus minta Tuhan ampunkan dosa-dosa mereka selepas buat maksiat!

Wahai Dayak! Ingat lagi penghinaan Hadi kepada kaum Dayak?

Wednesday, February 16, 2011

DUN Pelagus - Kepentingan BN atau PRS?


Presiden PRS, Datuk Seri Dr.James Jemut Masing dengan keras menyatakan pintu PRS sudah tertutup untuk Larry Sng! Pandangan Presiden disokong majoriti pemimpin atasan dan akar umbi PRS. Antara kenyataan Presiden 'tiada parti politik di dunia yang sanggup menerima individu yang pernah bertindak untuk menumbangkan Presiden parti'! Banyak kenyataan dikeluarkan oleh PRS termasuk kenyataan dari Pengerusi PRS Meradong, Cr.Senaun Jaya 'kedudukan Sng dalam BN bukan masalah PRS'! Joseph Entulu Belaun menegaskan 'Larry Sng tidak lagi diperlukan oleh PRS'!


Banyak kenyataan-kenyataan yang menunjukan seolah-olah PRS marah dengan pandangan Pehin Sri Taib yang ingin mengekalkan Larry Sng dalam kabinet beliau. Apa pun kemelut ini pasti menjadi satu bonus untuk pakatan pembangkang yang sedia menangguk di air keruh.

Ramai lupa bagaimana Dr.James Jemut Masing sendiri pernah 'memberontak' bersama PBDS untuk menumbangkan Pehin Sri Taib dalam episod Ming Court 1987! maka kenyataan 'tiada parti politik di dunia yang sanggup menerima individu yang pernah bertindak untuk menumbangkan Presiden parti' itu tidak benar sebab Dr.James Jemut diterima semula dalam BN malah dilantik sebagai seorang Menteri dalam kabinet Sarawak! Mungkin juga ramai yang lupa, Sng Chee Hua, ayah kepada Larry Sng adalah penyokong kepada Dr.James Jemut Masing semasa mereka bertindak untuk menumbangkan Datuk Daniel Tajem sebagai Presiden PBDS selepas Leo Moggie!

Kepentingan siapa sebenarnya DUN Pelagus? BN atau PRS? Andaikata Larry Sng tidak bertanding atas tiket BN, ramai menjangka Larry Sng mampu menumbangkan calon PRS! Sebab? Berapa ramai dikalangan ahli-ahli YB yang mempunyai Yayasan Pendidikan sendiri dalam DUN? Larry Sng sudah bentuk kesetiaan pengundi dengan memberi bantuan kewangan kepada anak-anak mereka yang melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi. Mungkin ada yang menganggap sumbangan tersebut kecil tetapi ia membawa makna yang begitu besar kepada pengundi-pengundi yang tinggal nun jauh di pedalaman!

BN sanggup hilang kawasan kerana pertelingkahan ini? Pastinya BN tidak sanggup jika matlamat dua pertiga menjadi sasaran! Persoalan sekarang ialah mampukah PRS mengatakan mereka boleh menang di Pelagus dengan penuh yakin? Jika tidak PRS harus merenung kembali apa yang sepatutnya mereka lakukan untuk kebaikan semua.

Kedegilan PRS tidak akan membawa apa-apa kebaikan sebaliknya boleh hilangkan satu lagi kawasan PRS selain Ngemah!

Pembangkang Menipu!

Kegelojohan pembangkang untuk menakluki Sarawak digambarkan melalui penyebaran khabar angin yang mengatakan Ketua Menteri berjumpa TYT untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri. pembangkang begitu yakin mereka mampu tawan Sarawak dalam pilihan raya akan datang.


Pembangkang mendakwa pihak Astana  telah mengeluarkan kenyataan Ketua Menteri nak jumpa TYT sebab nak bubarkan DUN. Peliknya agensi kerajaan seperti RTM dan BERNAMA pun boleh percaya maklumat sedemikian? Tidak kah RTM boleh menyiasat atau bertanya kepada pihak Astana di atas kesahihan maklumat itu? Atau RTM dan BERNAMA nak dapat 'scoop' yang eksklusif hingga mengabaikan protokol mendapat kesahihan?

Betapa malunya pihak Astana dituduh mengeluarkan kenyataan tersebut! Pembangkang sanggup guna nama sesiapa sahaja untuk mencapau matlamat mereka! Politik pembangkang ialah 'matlamat menghalalkan cara'! Awas!


meihua