Wednesday, February 16, 2011

DUN Pelagus - Kepentingan BN atau PRS?


Presiden PRS, Datuk Seri Dr.James Jemut Masing dengan keras menyatakan pintu PRS sudah tertutup untuk Larry Sng! Pandangan Presiden disokong majoriti pemimpin atasan dan akar umbi PRS. Antara kenyataan Presiden 'tiada parti politik di dunia yang sanggup menerima individu yang pernah bertindak untuk menumbangkan Presiden parti'! Banyak kenyataan dikeluarkan oleh PRS termasuk kenyataan dari Pengerusi PRS Meradong, Cr.Senaun Jaya 'kedudukan Sng dalam BN bukan masalah PRS'! Joseph Entulu Belaun menegaskan 'Larry Sng tidak lagi diperlukan oleh PRS'!


Banyak kenyataan-kenyataan yang menunjukan seolah-olah PRS marah dengan pandangan Pehin Sri Taib yang ingin mengekalkan Larry Sng dalam kabinet beliau. Apa pun kemelut ini pasti menjadi satu bonus untuk pakatan pembangkang yang sedia menangguk di air keruh.

Ramai lupa bagaimana Dr.James Jemut Masing sendiri pernah 'memberontak' bersama PBDS untuk menumbangkan Pehin Sri Taib dalam episod Ming Court 1987! maka kenyataan 'tiada parti politik di dunia yang sanggup menerima individu yang pernah bertindak untuk menumbangkan Presiden parti' itu tidak benar sebab Dr.James Jemut diterima semula dalam BN malah dilantik sebagai seorang Menteri dalam kabinet Sarawak! Mungkin juga ramai yang lupa, Sng Chee Hua, ayah kepada Larry Sng adalah penyokong kepada Dr.James Jemut Masing semasa mereka bertindak untuk menumbangkan Datuk Daniel Tajem sebagai Presiden PBDS selepas Leo Moggie!

Kepentingan siapa sebenarnya DUN Pelagus? BN atau PRS? Andaikata Larry Sng tidak bertanding atas tiket BN, ramai menjangka Larry Sng mampu menumbangkan calon PRS! Sebab? Berapa ramai dikalangan ahli-ahli YB yang mempunyai Yayasan Pendidikan sendiri dalam DUN? Larry Sng sudah bentuk kesetiaan pengundi dengan memberi bantuan kewangan kepada anak-anak mereka yang melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi. Mungkin ada yang menganggap sumbangan tersebut kecil tetapi ia membawa makna yang begitu besar kepada pengundi-pengundi yang tinggal nun jauh di pedalaman!

BN sanggup hilang kawasan kerana pertelingkahan ini? Pastinya BN tidak sanggup jika matlamat dua pertiga menjadi sasaran! Persoalan sekarang ialah mampukah PRS mengatakan mereka boleh menang di Pelagus dengan penuh yakin? Jika tidak PRS harus merenung kembali apa yang sepatutnya mereka lakukan untuk kebaikan semua.

Kedegilan PRS tidak akan membawa apa-apa kebaikan sebaliknya boleh hilangkan satu lagi kawasan PRS selain Ngemah!

6 comments:

  1. selamat blogging,

    satu permulaan yang baik.teruskan .

    kuchingitam.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Salam Perjuangan,

    JUTAAN TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAYARI BLOG SAYA.

    Saya juga ingin mengucapkan SYABAS kepada anda yang berjaya menghasilkan sebuah blog yan begitu mantap dengan artikel2 yang bernas.

    Kita akan pastikan BN akan terus menerajui Kerajaan Negeri Sarawak.. Saya akan turut membantu blogger2 Politik di sana bagi meyakinkan rakyat Sarawak terhadap kecemerlangan Kepimpinan BN Sarawak.

    saya tlh linkkan blog anda di dalam blog pilihan khas iaitu 'Gelombang Transformasi Sarawak' di blog saya..

    SEKIAN, SALAM KASIH IKHLAS DARI,

    Melayu CinDia
    Blogger Gelombang Rakyat

    http://gelombang-rakyat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. kucingitam & Gelombang Rakyat:

    terima kasih..

    ReplyDelete
  4. http://jobs-sarawak.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Ngemah Voter

    Meihua, saya sanggat setuju dengan ulasan yang di coretkan anda mengenai calon BN dari PRS di Pelagus mahupun di Ngemah.

    Keangkuhan dan kedegilan President PRS berhajat hendak mencalunkan Alexander Vincent sekali lagi di kawasan Ngemah akan menemui kekalahan kali ke-dua.

    Adakah James Masing memikul tanggung jawap ke atas kekalahan ini nanti? Adakah James masing akan menuding jari kepada pengundi Ngemah atas kekalahan BN ini nanti?

    James Masing harus sedar bahawa ini bukan mainan, maka pencalonan Alexander Vincent harus ditolak oleh BN Chairman Negri dan pusat tampa merujuk kepada James Masing.

    Kami pengundi Ngemah mahukan BN menang demi untuk bangsa dan negara.

    ReplyDelete
  6. Saya sokong Datuk James Jemut Masing yang tidak membenarkan Larry Sng bertanding bagi tiket PRS di Pelagus.Pelagus adalah tiket untuk kouta bumiputera.Untuk kaum bumiputera khususnya orang iban yang majoritinya menduduki kawasan pelagus patut menyokong Datuk James Jemut Masing,sememangnya apa yang dilakukan oleh beliau ada hikmahnya disuatu hari nanti.Sesungguhnya beliau adalah seorang pemimpin yang berpandangan jauh untuk melindungi kepentingan kaum bumiputera di Pelagus.

    ReplyDelete