Wednesday, February 16, 2011

Pembangkang Menipu!

Kegelojohan pembangkang untuk menakluki Sarawak digambarkan melalui penyebaran khabar angin yang mengatakan Ketua Menteri berjumpa TYT untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri. pembangkang begitu yakin mereka mampu tawan Sarawak dalam pilihan raya akan datang.


Pembangkang mendakwa pihak Astana  telah mengeluarkan kenyataan Ketua Menteri nak jumpa TYT sebab nak bubarkan DUN. Peliknya agensi kerajaan seperti RTM dan BERNAMA pun boleh percaya maklumat sedemikian? Tidak kah RTM boleh menyiasat atau bertanya kepada pihak Astana di atas kesahihan maklumat itu? Atau RTM dan BERNAMA nak dapat 'scoop' yang eksklusif hingga mengabaikan protokol mendapat kesahihan?

Betapa malunya pihak Astana dituduh mengeluarkan kenyataan tersebut! Pembangkang sanggup guna nama sesiapa sahaja untuk mencapau matlamat mereka! Politik pembangkang ialah 'matlamat menghalalkan cara'! Awas!


meihua

No comments:

Post a Comment