Sunday, April 24, 2011
Ideologi baru DAP?
Ingat lagikah kita zaman komunis dulu? kebanyakkan kita tak ingat tetapi tanyalah atuk atau nenek betapa terseksanya kehidupan zaman komunis? Siapa bawa ideologi komunis? Cina! Kononya dulu nak lawan Jepun! Bila Jepun kalah, puak komunis teruskan perjuangan semata-mata nak ambilalih kerajaan! Ramai tentera, polis dan orang awam terkorban!! Ketua komunis Malaya, Chin Peng lari ke negara China selepas komunis ditewaskan oleh kerajaan!
Itu perjuangan dulu. Perjuangan untuk berkuasa dan jadi pemerintah melalui perperangan berdarah! Perjuangan yang mengorbankan banyak nyawa! Perjuangan yang mengguriskan banyak jiwa orang-orang Melayu! Perjuangan yang mencetuskan kebencian yang masih belum padam hingga satu ketika tercetus perbalahan antara kaum!
Hari ini perjuangan mereka berbeza namun matlamat mereka TETAP SAMA!! Matlamat mereka ialah untuk menjadi pemerintah! Menjadi raja yang berkuasa dan seterusnya akan mengubah semuanya! Dari Perlembagaan hingga undang-undang tubuh negara! Malah tidak mustahil mereka mengubah corak kehidupan rakyat Malaysia, sepertimana yang berlaku di selatan tanah air! Itulah tujuan politik mereka, politik untuk mengaut kesemuanya dari ekonomi, sosial dan keselamatan negara! Mereka peduli apa pada orang Dayak, Melayu, Bajau, Bugis dan sebagainya! Yang penting, kaum Cina memerintah, kaum Cina mempunyai segalanya di bumi Malaysia!!
Teringat saya kata-kata seorang teman dari Sibu semasa mendengar ceramah DAP yang dibanjiri ribuan penonton! Katanya, DAP sanggup beri duit RM30.00 seorang untuk bayar pertrol supaya mereka turun dan mendengar ceramah mereka kepada setiap penduduk di Sibu! Kali ini katanya DAP akan pastikan kerajaan BN TUMBANG hanya melalui sebatang pensel, bukan lagi dengan selaras senapang! Terkejut saya mendengar pengakuan teman sekolah dan sekelas saya ini!! Waaah..beginikah hasrat DAP? Adakah ini ideologi baru mereka?
Kenapa kita perlu mengubah kerajaan yang memberi banyak kemudahan dan pembangunan sedangkan yang dipuja-puja dan memuji diri lebih baik belum tentu lagi mampu memberi kesenangan yang lebih baik kepada kita, tanyalah orang-orang Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment