Friday, May 20, 2011

Zulhaidah Suboh Makin Terdesak


Kesian Zulhaidah Suboh! Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran! Tinggalkan Bekenu kerana Lambir tapi tak tercapai hasrat nak jadi Yang Berhormat! Bila tau dia kalah di Lambir, Zulhaidah bergegas pulak ke Senadin, konon nak tumpang gembira Michael Teo..rupanya Michael Teo pun kecundang! Zulhaidah harap Michael Teo akan cabar keputusan SPR, supaya beliau boleh sama-sama berteriak, menyumpah seranah orang-orang BN dan SPR! Itu pun tak kesampaian bila Michael Teo guna akalnya..untuk biarkan hal tersebut untuk beri tumpuan bertanding di peringkat parlimen nanti! Lama juga Zulhaidah menyepi..tapi tiba-tiba kata :
'BN terdesak guna ROS vatal pendaftaran PKR tanpa ada sebarang bukti kukuh!
Terbukti Keadilan telah mengatasi BN yang kian malap dan susut sokongan!'


Tak tahu dari sudut mana atau fakta diguna oleh Zulhaidah tapi yang pasti Zulhaidah semakin anggau dan tidak mahu menerima realiti bahawa PKR di Sarawak tidak diterima sebahagian besar pengundi! Mungkin Zulhaidah tengok kemenangan Baru Bian, See Chee How dan Ali Biju sebagai kayu ukur, PKR semakin popular tapi daripada 46 calon yang bertanding, termasuk la Zulhaidah sendiri hanya tiga saja yang menang! Ikut peratusan PKR hanya capai 6.7 peratus sahaja sedangkan BN capai 77.4 peratus! PKR hanya melukut ditepi gantang sahaja kalau banding dengan DAP!

Amat jelas PKR sebenarnya terdesak bukan BN! Semakin ramai ahli-ahli PKR keluar parti! Zulhaidah tak nampak atau tak dengar ka? Pandangan Zulhaidah dikaburi oleh taburan fitnah hingga lost touch with reality!Berapa ramai pemimpin BN keluar parti berbanding PKR? Malah setiap hari semakin ramai ahli-ahli PKR dissillusioned dengan janji-janji dan retorik Anwar, Azmin, Azizah dan Nurul Izzah!

Saturday, May 14, 2011

Nik Aziz Jilat Kaki Anwar Ibrahim


Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat mengeluarkan fatwa sesiapa yang terlibat dalam komplot video seks mengaitkan Anwar Ibrahim tidak akan masuk syurga! Mereka perlu bertaubat dan menjilat kaki Anwar Ibrahim, jika ingin diampunkan dosa memfitnah dan masuk syurga! Hebat sungguh 'anugerah tuhan' ini hingga manusia lain perlu menjilat kaki beliau untuk dapat keampunan dosa!

Justeru Karpal Singh adalah orang yang pertama menjilat kaki Anwar Ibrahim dan dosa-dosa Karpal Singh memfitnah Anwar Ibrahim dulu sudah diampunkan! Maka itu beliau boleh berkawan dan menjadi peguambela Anwar Ibrahim! Orang kedua ialah Haji Hadi Awang, diikuti oleh Nik Aziz sendiri dan Mat Sabu! Begitu juga dengan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng! Mereka-mereka ini juga pernah melempar fitnah terhadap Anwar Ibrahim dulu! Inilah syurga janji Nik Aziz sebab dosa beliau terhadap Anwar Ibrahim sudah diampunkan oleh 'anugerah tuhan'!

Jika orang lain perlu bertaubat dan menjilat kaki Anwar kerana terlibat dalam penyebaran video seks tersebut apakah hukumnya pembangkang sendiri memfitnah Dato Seri Najib Razak? Bukankah Dato Seri difitnah terlibat dalam kes Altantuya yang akhirnya didedahkan oleh Raja Petra Kamaruddin sebagai satu pembohongan dan komplot untuk menghalang Dato Seri menjadi Perdana Menteri? Begitulah perangai pembangkang! Mereka tabur fitnah tidak salah tetapi jika orang lain kena jilat kaki minta ampun!

Apa pun terima kasih la Nik Aziz sebab tak suruh jilat konek Anwar semata-mata nak bertaubat dan minta ampun! Ha ha ha ha ha ha

Thursday, May 12, 2011

BARU BIAN DISIASAT?


Yong Seng Chan, pemangku Ketua Cawangan PKR Bandar Kuching menggesa pemimpin PKR pusat untuk menyiasat penglibatan Baru Bian dalam isu pertukaran kawasan antara DAP dan PKR. Yong mendesak Baru Bian dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin parti di atas tindakan tersebut! Dalam pilihan raya lalu DAP mengambilalih kawasan N9 Padungan dan sebagai ganti DAP menyerahkan N11 Batu Lintang kepada PKR! Walau pun kedua-dua calon DAP dan PKR menang, Yong berharap Jawatankuasa Disiplin parti dapat memastikan samada tindakan Baru Bian tersebut adalah keputusan peribadi atau di atas persetujuan bersama jawatankuasa perhubungan parti! Menurut Yong lagi, perkara ini perlu disiasat untuk memulihkan amalan demokrasi dan ketelusan dalam PKR, terutamana dalam Jawatankuasa Perhubungan PKR Sarawak!

Yong menyamakan tindakan Baru Bian sebagai satu tindakan yang boleh mencemar imej PKR! Ini kata Yong ‘the party’s image must not be tarnished by dirty politics and cronyism.the secretive and last minute sell-out of a party comrade for the apparent consolidation of personal power is as chilling as is malicious and against all commonly held values of decency’. Akibat tindakan tersebut Dominique Ng telah digugurkan daripada senarai calon yang akhirnya menyaksikan Dominique Ng keluar PKR dan bertanding sebagai calon BEBAS! Tapi sebenarnya Dominique tidak popular seperti yang beliau sangka kerana beliau kalah teruk dan hilang wang pertaruhan!

PKR Sarawak sememangnya tiada kuasa dan begitu mudah dimanipulasi dan dibeli oleh DAP! Bayangkan kerana perebutan kawasan, DAP sanggup mengambil tindakan mahkamah terhadap Dominique Ng untuk memastikan Dominique Ng tidak boleh bertanding lagi sebagai calon! Itu adalah langkah pertama DAP untuk menguasai keseluruhannya kawasan majoriti Cina. Penyerahan N11 Batu Lintang hanya satu tindakan mengaburi mata PKR! YB See Chee How mungkin hanya bertahan untuk satu penggal sahaja, kerana impian DAP ialah untuk menawan keseluruhan kawasan Bandaraya Kuching!

Memang benar kata YB Datuk Awang Tengah Ali Hassan yang mengatakan pembangkang hanya berpura-pura menunjukkan mereka bersatu walhal mereka sentiasa berusaha untuk menjatuhkan rakan-rakan masing-masing secara diam-diam! Terbukti sudah seperti mana pertikaian antara Baru Bian dan Wong Ho Leng walaupun hanya tentang kabinet bayangan!.Pastinya DAP tidak mahu berkongsi dengan sesiapa seperti juga PKR yang begitu kemaruk untuk berkuasa dan meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri! Mana mungkin itu berlaku kerana Lim Guan Eng dan ayahnya Lim Kit Siang tidak akan memberi muka kepada PKR! Baru Bian masih tidak sedar beliau bukan hanya tunggangan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali sahaja, tetapi juga kuda tunggangan Wong Ho Leng dan Chong Chieng Jen!

Realitinya DAP, PKR dan PAS tidak sehaluan dan tidak sekata kerana mempunyai visi, misi serta matlamat yang amat berbeza! Namun DAP, PKR dan PAS sanggup mengenepikan prinsip dan perjuangan masing-masing kerana satu matlamat! Matlamat mereka untuk menumbangkan BN! Siapa Perdana Menteri bukan satu persoalan dan bagaimana mentadbir negara bukan satu perjuangan yang harus diambilkira! Keutamaan mereka ialah BN harus dikalahkan terlebih dahulu! Sebab itu kita lihat mereka akan bercakaran sesama sendiri untuk menentukan siapa layak dan tidak layak sebagai Perdana Menteri walaupun lidah mereka TERPAKSA mengatakan Anwar Ibrahim layak! DAP dan PAS akan mengungkitkan segala-galanya tentang Anwar Ibrahim jika mereka sudah ada kuasa ditangan mereka! Buat masa ini mereka perlu menggunakan Anwar Ibrahim walau pun Anwar Ibrahim dipalit dengan berbagai kontroversi serta masalah!

Perjuangan DAP adalah untuk melaksanakan kesamarataan! Tiada status bumiputera, tiada kouta bumiputera dan tiada hak-hak Melayu! Macam perjuangan dalam Malayan Union! PAS pula ingin menjadikan Malaysia negara Islam! Melaksanakan hukum hudud (walaupun di Kelantan meraka tak pernah laksanakan hukum hudud sejak jadi pemerintah atau jadikan Kelantan negeri Islam hanya tukar nama jadi Serambi Mekah)! Kewujudaan PKR dalam politik negara adalah semata-mata untuk membela manusia yang diberi gelaran ‘anugerah tuhan’ oleh isterinya! Pemimpin serta ahli-ahli PKR sudah ditarbiyahkan supaya mempertahankan Anwar Ibrahim(walaupun pelbagai bukti dikemukakan tentang salahlaku) dan memastikan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia!

Maka jika dilihat balik kenyataan Yong Sen Chan, adalah sesuatu yang pelik seandainya Baru Bian tidak membawa perkara tersebut kepada Jawatankuasa Perhubungan Negeri! Itu tugas seorang ketua dan pemimpin! Itu yang dipropaganda oleh PKR sebagai ‘consensual decision’, iaitu keputusan bersama, ada ketelusan dan demokrasi! Amat sukar diterima akal jika PKR pusat tidak tahu dan tidak setuju! Kalau PKR pusat tidak setuju tentunya Dominique Ng masih ahli PKR dan mempertahankan Padungan! Kalau benar itu hanya keputusan Baru Bian, maka Baru Bian harus bertanggungjawab dan bersedia melepaskan jawatan sebagai Ketua Perhubungan PKR Sarawak atau terus keluar dari PKR!

Wednesday, May 11, 2011

Kedah : Contoh Menteri Besar Terbaik!


"itu keputusan Pejabat Tanah dan Galian, mana boleh saya buat keputusan!. Kita perlu cukai tanah sebab kita tidak ada sumber lain sebagai pendapatan negeri". Itu adalah kata-kata seorang Menteri Besar, yang bercita besar tetapi mempunyai hati yang cukup kecik untuk bantu UUM mendapat rebat cukai tanah! Bila dengar kata-kata tersebut terdetik di hati bagaimanakah dia ni boleh jadi orang politik dan menjadi Menteri Besar? Kemelut sekecik itu pun tak boleh nak selesaikan dengan baik sedangkan UUM memerlukan rebat supaya dapat guna duit hasil rebat tersebut untuk kepentingan pelajar-pelajar! Kalau lah seorang Menteri Besar tak boleh buat keputusan, siapakah di Kedah yang lebih tinggi jawatan administratif yang boleh buat keputusan?

Inilah golongan badut politik yang bercita-cita besar tetapi bila dah berkuasa tak pandai nak urus! Masa berkempen janji macam-macam, tuduh orang tak pandai buat kerja! Bila sendiri duduk di tempat orang yang dikutuk, kenape tak mampu nak urus? Banyak betul alasan si Menteri Besar nie! Sekarang bila dah berkuasa, pikir-pikir lah cara mana nak dapatkan hasil untuk negeri! Jangan cakap saja pandai!

Inilah contoh terbaik untuk dijadi teladan oleh orang-orang Sarawak! PAS, PKR dan DAP hanya pandai menabur gula-gula untuk memikat hati pengundi! Bila dah pegang kuasa, macam-macam tak boleh buat!

Monday, May 9, 2011

KABINET BAYANGAN TERUS DIHANTUI BAYANGAN PKR!


Kecewa and marah, itulah perasaan Wong Ho Leng terhadap Baru Bian! Wong Ho Leng cukup geram hingga terpaksa bertindak akan memohon surat kuasa daripada pemimpin PKR seandainya menghantar wakil mereka ke mesyuarat pukatan pembangkang! Tindakan itu terpaksa dilakukan setelah Baru Bian mempertikaikan kesahihan kabinet impian DAP! Ibi Uding, John Tenewi Nuek and Vernon Kedit tidak ada kuasa untuk bersetuju atau tidak setuju dengan keputusan mesyuarat pukatan kata Baru Bian terhadap tiga wakil PKR yang hadir di mesyuarat tersebut! Lebih teruk lagi Baru Bian langsung tidak bersetuju kenapa DAP mempunyai ramai ‘menteri bayangan’ berbanding PKR!

Betul atau tidak tindakan Wong Ho Leng, hanya rakan pukatan mereka yang tahu! Apa yang kita tahu ialah pukatan pembangkang sudah mula sangsi terhadap tindakan masing-masing walau pun hanya pada kabinet bayangan! Apa akan berlaku jika mereka benar-benar mampu menawan Sarawak?
Jelas PKR tidak akan berganjak dengan keputusan mereka sepertimana mereka membuang SNAP sebagai rakan! Ketamakan PKR untuk berkuasa dan menjadi pemimpin utama dalam pukatan pembangkang telah menjejas dan merosakkan impian mereka sendiri! Tindak tanduk PKR sendiri mencerminkan PKR tidak mahu berkongsi kuasa dengan sesiapa pun, jika boleh, namun mereka terpaksa membohongi diri mereka dan rakyat dengan bergabung bersama DAP dan PAS!

Kegagalan PKR dan SNAP untuk bersetuju tentang pengagihan kawasan akhirnya memaksa SNAP keluar dari pukatan! Pergeseran SNAP dan PKR memakan diri sendiri! SNAP punah manakala PKR hanya dapat tiga kawasan! Pun begitu PKR masih bernafsu besar walaupun sedar DAP berhak menjadi pemimpin utama pukatan pembangkang sebab mereka menang 13 kawasan! Kenapa Baru Bian tidak puashati dengan Wong Ho Leng?

Baru Bian rasa teramat malu dengan penduduk Sarawak setelah beliau diangkat dan dicanangkan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru oleh pemimpin pukatan, termasuk pemimpin DAP sendiri! Akhirnya Baru Bian hanya dilantik sebagai menteri bayangan oleh Wong Ho Leng yang melantik dirinya sebagai Ketua Menteri bayangan! Poster dan berbagai risalah meletak gambar Baru Bian sebagai Ketua Menteri..tetapi tiba-tiba Wong Ho Leng pulak ambil alih kuasa!

Memang kabinet bayangan DAP berhantu dan akan terus dihantui oleh PKR yang begitu kemaruk untuk berkuasa!

Thursday, May 5, 2011

SIAPA FRANCIS PAUL SIAH?


Siapa Francis Paul Siah? Lawyer, doktor, Menteri?(he he he..aku pinjam dialog dalam cerita Ibu Mertua Ku) Cheh! Hanya seekor lalat yang suka buat bising bila tengok makanan! Lalat nie kalau jumpa makanan yang tidak ditudung, memang suka sangat! Ramai geng-geng akan datang mengerumuni makanan tersebut, lepas tu lalat-lalat ini akan tinggalkan taik! Jadi jangan makan makanan yang sudah dihinggapi lalat sebab boleh bawa penyakit seperti sakit perut, cirit birit dan bermacam-macam lagi! Lalat juga spesies yang bawa banyak penyakit!

Anggap la ajakan dan desakan Francis Siah itu macam dengungan lalat yang suka-suka buat bising bila ada orang suruh dia buat bising! Kalau ingat harmoni dan perpaduan kaum, tak payah la dengar cakap seekor lalat yang dulu pernah makan gaji dengan kerajaan Sarawak! Dulu dia gigit tangan orang yang suap makanan ke perut dia dan keluarga dia sebab itu dia kena buang kerja!

Ramai orang tak kenal siapa Francis Paul Siah sebenarnya, termasuk lah aku yang terpaksa bertanya dengan orang-orang media yang pernah bekerja dengan nya! Dia tubuhkan MoCS (Movement For Change,Sarawak) kerana dulu dia bercita-cita nak jadi Presiden sebuah parti politik tetapi tak kesampaian kerana tidak diterima oleh kebanyakan ahli parti! Macam Anwar Ibrahim juga cerita Francis Siah nie! Kecewa tidak diterima dalam parti politik, Francis Siah wujudkan MoCS sebagai platform untuk menentang kerajaan Sarawak malah bekerjasama dengan pukatan pembangkang!

Francis Siah merasakan diri dia cukup terkenal dan berpengaruh hingga satu ketika berani memberi kata dua kepada SNAP dan juga ahli-ahli PKR yang lompat parti! Francis Siah bercita-cita menjadi Ketua Pembangkang sebenarnya tetapi DAP, PKR, PAS dan SNAP tak peduli sangat teguran serta nasihat beliau. Lucunya Francis Siah boleh beri pengiktirafan kepada beberapa calon yang menentang BN sebagai ‘winnable candidate’ tetapi semuanya kalah! Hua hua hua..hua..

Francis Siah bercadang juga tubuhkan pasukan pembangkang di Sarawak namun tiada sambutan dari kalangan frustrated politicians yang lain! Francis Siah tak suka dengar cakap orang, cuma dia saja yang betul dan orang lain perlu ikut cakap dia! Perangai Francis Siah nie gila-gila dan suka cari publisiti murahan! Dia tak nak sertai DAP, PKR mau pun SNAP sebab dia tak dapat jadi Presiden sebab itu dia tubuhkan satu pertubuhan sendiri seperti MoCS!

Kalau lah gerombolan pembangkang lain tidak ambil peduli nasihat dan teguran Francis Siah ini, kenapa rakyat Sarawak perlu ikut kata dia? Francis Siah bersikap kurang ajar dengan Pehin Sri Taib dan kerajaan yang dipilih oleh rakyat! Berani Francis Siah bagi kata dua kepada Pehin Sri Taib dan cuba timbulkan huru hara di Sarawak? Mungkin Francis Siah percaya dan yakin benar kaum Cina keseluruhanya akan menyokong tindakan bodoh dan bangang beliau itu? Mungkin Francis Siah amnesia bagaimana Peristiwa 13 Mei berlaku? Jangan main api Francis Siah, nanti membakar diri! Ingat ini ‘ramai anak Sarawak sanggup mati demi mempertahankan Pehin Sri Taib Mahmud’ seperti kata aisanda dalam blog Keadilan Untuk Sarawak dan Senator Idris Buang!

Buatlah Francis Siah kalau berani! Kami cabar Francis Siah kumpul orang ramai untuk buat demonstrasi tersebut! Biar berputih tulang, jangan berputih mata! Lalat nie anggap diri dia macam Mao Zedong boleh ajak jutaan rakyat gulingkan kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat sendiri!

Wednesday, May 4, 2011

NURUL IZZAH TIDAK PERCAYA WONG HO LENG?


Kemana jatuhnya kuah kalau tidak ke nasi? Nurul Izzah seperti bapanya sekali lagi mencabar dan mendesak Ketua Menteri Sarawak untuk menunaikan tiga perkara, iaitu (1) menunaikan Perjanjian 18 Perkara, (2) untuk membatalkan Akta Darurat 1966 dan (3) mendesak Ketua Menteri menuntut tambahan royalti minyak daripada lima peratus kepada 20 peratus kepada kerajaan persekutuan!
Baru dapat tiga DUN PKR dah nak tunjuk taring? Memang sah Nurul Izzah tidak percaya dengan keupayaan Wong Ho Leng serta barisan kabinet impian DAP! DAP baru sahaja membayangkan mereka adalah menteri-menteri di Sarawak, Nurul Izzah sudah buka mulut busuknya! Nurul Izzah juga tidak percaya kepada YB Baru Bian, YB See Chee How dan YB Ali Biju untuk bersuara dalam Dewan Undangan Negeri nanti! Berkemungkinan besar Nurul Izzah memang tahu mereka-mereka ini tidak mampu bersuara dan tidak petah seperti papanya Anwar Ibrahim!
Nurul Izzah cukup bernasib baik dapat jadi YB di Pantai Dalam. Kalau harapkan rupa sahaja, Nurul Izzah kempunan nak jadi YB! Nurul Izzah jadi YB kerana bapanya Ketua Umum PKR, emaknya pula Presiden PKR! Tak payah eksyen la Nurul Izzah! Baru jadi YB tak sampai lima tahun, pengalaman pun masih dikira hujung kuku Pehin Sri Taib jer! Masih terlalu mentah nak cabar pemimpin berpengalaman yang telah berusaha memajukan negeri Sarawak seperti Pehin Sri Taib! Sumbangan Pehin Sri Taib kepada negeri Sarawak sudah dibuktikan berbanding apa yang Nurul izzah sumbang kepada Pantai Dalam! Lagi pun negeri Selangor tu memang dah maju sebelum pukatan pembangkang ambil alih kerajaan! Tak ada apa yang nak dibanggakan oleh PKR!
Nak harapkan ayah Nurul izzah bangunkan Sarawak? Aduuh hai! Semasa jadi Timbalan Perdana Menteri tidak ada apa yang Anwar Ibrahim beri kepada orang-orang Sarawak! Kenapa pada waktu itu Anwar Ibrahim tidak memohon tambahan kepada lima peratus royalti minyak untuk Sarawak? Kenapa Anwar Ibrahim berdiam diri sebagai Timbalan Perdana Menteri dan tidak bertindak untuk mempastikan semua Perjanjian 18 Perkara dilaksanakan di Sarawak?
Nurul Izzah perlu fokus bagaimana nak bantu pengundi-pengundi di Pantai Dalam dan tidak perlu sibuk tentang perkara-perkara di Sarawak. Nurul Izzah menghina kepimpinan negeri Sarawak seperti orang-orang Sarawak tidak tahu memerintah! Mungkin juga Nurul Izzah belajar dari pengalaman nya bapanya yang tidak tahu memerintah dan mentadbir negara dan sebab itu Nurul Izzah samakan orang lain begitu juga!
Lebih baik Nurul Izzah tolong papa kesayangnya selesaikan kemelut yang melanda dirinya daripada menyibuk halo rang lain! Cari jam Omega yang hilang dan cuba buktikan papa kesayangan kamu itu tidak terlibat dalam kes liwat dan video seks! Pujuk papa kamu untuk buat sumpah laknat dan serahkan DNA kepada pihak polis jika benar dia tidak bersalah! Itu tugas seorang anak untuk bersihkan nama papanya, bukan sibuk atau gago (kata orang Sarawak) nak cabar Pehin Sri Taib!

Tuesday, May 3, 2011

Baru Bian Semakin Menderita


Meskipun mampu menewaskan BN di Ba Kelalan, Baru Bian gagal menjadi Ketua Menteri Sarawak. Lebih malang lagi Baru Bian tidak diangkat menjadi Ketua Pembangkang dalam Kabinet Bayangan pembangkang. Baru Bian hanya layak menjaga portfolio Tanah Adat Bumiputera! Itu pun atas lantikan DAP!

Dalam kabinet impian DAP, Wong Ho Leng paling layak sebagai Ketua Pembangkang, dan jika pembangkang menang beliau akan menjadi Ketua Menteri Sarawak! Kempen mengangkat Baru Bian sebagai Ketua Menteri oleh Chong Chieng Jen, Setiausaha Agung DAP Sarawak hanya untuk mengaburi mata pengundi bumiputera yang kaum Cina tidak tamak jawatan tersebut! DAP sudah sedia maklum 'aura' Baru Bian akan membawa kemenangan kepada DAP tetapi bukan kepada pakatan keseluruhannya!

DAP juga melantik calon PAS yang kalah, Adam Ahid untuk jaga hal ehwal agama islam. Terpaksa la Adam Ahid dilantik untuk merasa jadi Yang Berhormat walau pun kalah! Peliknya kemana perginya Ali Biju yang menang di Krian? Kenapa Ali Biju tidak dilantik? Lihat lah senarai kabinet impian DAP, semuanya ahli DAP! Itukah namanya multiracial? Kenapa tak lantik ahli-ahli pakatan yang lain walau pun kalah? Inilah yang memeningkan kepala hotak Baru Bian? Kenapa lebih ramai ahli-ahli DAP daripada PKR dan PAS dalam kabinet bayangan?

Sunday, May 1, 2011

Baru Bian Menyesal


Belum pun Baru Bian mengangkat sumpah sebagai YB, sudah kedengaran beliau menyesali tindakan nya bertanding dalam pilihan raya lalu. Mulanya Baru Bian acah-acah saja dan tidak pernah terfikir untuk menang! Tiba-tiba beliau menang dan kini terpaksa menanggung semua keperluan penduduk Ba Kelalan.

Masa berkempen dulu, Baru Bian sudah berjanji akan memberi RM400.00 kepada semua warga Ba Kelalan yang berusia 60 tahun ke atas setiap tahun! Sudah ada orang orang tua di Ba Kelalan jumpa dengan Baru Bian untuk tuntut janji tersebut! Lagi memeningkan kepala Baru Bian ialah bagaimana nak tunaikan tuntutan penduduk Ba Kelalan tentang pembinaan jalan raya! Projek Jiwa Murni terpaksa ditangguhkan oleh askar-askar sebab orang Ba Kelalan tak suka dengan apa yang kerajaan BN buat! Ini kerana nak bina jalan raya terpaksa ambil tanah NCR. Kalau tanah NCR kerajaan ambil untuk buat jalan nanti orang Ba Kelalan tidak ada tanah nak berhuma, berkebun atau nak buat ladang! Baru Bian ialah jaguh untuk orang Ba Kelalan mempertahankan tanah adat mereka!

Baru Bian juga pening macam mana nak dapatkan duit untuk beri biasiswa kepada anak-anak pengundi-pengundi yang mengundi beliau. Sekarang musim anak-anak nak masuk universiti kerajaan, bila keluar nanti boleh lawan kerajaan balik sebab tidak puashati! Orang-orang Ba Kelalan juga sudah mahu tagih subsidi baja nak tanam padi. Padi sudah hampir untuk dituai dan perlu tanam semula, jadi Baru Bian kena dapatkan bantuan subsidi untuk orang-orang yang mengundi nya! Takut nanti bila tak ada subsidi, kerajaan juga yang dipersalahkan kerana tidak bantu rakyat! Tapi bila di bantu rakyat tuduh pulak kerajaan tidak adil, yang adil hanya Keadilan Baru Bian!

Jadi kita kongsi lah mesej ini 'undilah Baru Bian untuk memperjuangkan hak asasi dan kebebasan beragama di DUN. Kita perlu wakil yang kuat di DUN. Di Parlimen kita tetap bersama BN dan kita juga ada Datuk Idris Jala. Undilah Baru Bian demi maruah dan agama dan masa depan Lun Bawang'

Seperti kata Nabil 'Lu Pikir La Sendiri'!