Thursday, April 28, 2011

LDP sama dengan DAP?


“It is totally unfair. The best thing for him is to just join DAP (Democratic Action Party) and let the BN as a whole slap this ‘virulent mosquito’ as it has fallen into the traps of DAP and the Pakatan Rakyat. Just don’t be a thorn in the flesh. Just go,".
Inilah respon Senator Idris Buang terhadap komen yang dibuat oleh Chin Su Pin, Timbalan Presiden LDP Sabah terhadap Pehin Sri Taib Mahmud.

Menurut Senator Idris, komen Chin merupakan satu penghinaan kepada pengundi-pengundi Sarawak yang terus mengekalkan BN sebagai pemerintah. Chin Su Pin juga tidak sepatutnya membuat komen yang melulu tanpa melihat apa yang berlaku dalam politik Sarawak. Chin memalukan kepimpinan Sabah.

Kenapa pemimpin Cina dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak bencikan Pehin Sri Taib? Kalau orang-orang Cina Sarawak mengatakan demikian mungkin boleh diterima! Tetapi kalau orang-orang Cina dari Semenanjung dan Sabah juga membuat komen negatif terhadap Pehin Sri, adakah ini satu konspirasi kaum Cina seluruh Malaysia untuk mendesak Pehin Sri Taib berundur? Adakah seluruh kaum Cina Malaysia bersatu menentang Pehin Sri taib Mahmud? Apa salah beliau terhadap kaum Cina di Semenanjung dan Sabah hingga pemimpin mereka begitu celupar mendesak Pehin Sri Taib berundur?

Jaga saja Sabah bah..nda payah sibuk-sibuk pasal bagaimana pemimpin Sarawak memerintah Sarawak bah! Sibuk-sibuk pasal Sarawak baik kamu ikut sama Jeffery Kitingan bah! Enda payah LDP (Lebih Dari Presiden) bah! Biarlah pemimpin Sarawak mmerintah cara mereka dan pemimpin Sabah memerintah cara yang mereka rasa betul dan benar!

Monday, April 25, 2011

Gunting Dalam Lipatan


BN Sarawak menang majoriti dua pertiga dalam pilihan raya yang baru lalu. Meskipun menang besar BN mengalami kekalahan teruk di kawasan pengundi majoriti Cina. Akibatnya SUPP hilang 13 daripada 15 kawasan majoriti Cina kepada DAP dan PKR. Kemenangan besar DAP ini dianggap oleh Chong Chieng Jen dari DAP, Khairy Jamaluddin dari UMNO dan Gan Ping Sieu dari MCA sebagai petanda rakyat tidak suka kepada Pehin Sri Taib Mahmud dan beliau perlu berundur!

Malang bagi BN Sarawak walaupun mendapat bantuan dari rakan-rakan komponen lain dari Semenanjung, tetapi ada seorang dua pemimpin yang tidak menghormati kehendak orang-orang Sarawak dan bersikap seperti gunting dalam lipatan! Kalau lah benar orang-orang Sarawak tidak suka kepada Pehin Sri Taib Mahmud, BN tidak akan menang majoriti dua pertiga dan Pehin Sri Taib Mahmud tidak akan mendapat 6000 lebih undi!

Maaf Kahiry Jamaluddin dan Gan Ping Sieu! Kedua-dua Yang Berhormat sepatutnya melihat dari berbagai sudut, bukan hanya melihat dari sudut pandangan kaum Cina semata-mata! Di Sarawak terdapat lebih dari 30 etnik dan hanya satu etnik sahaja yang tidak mengundi BN! Itu pun di bandar-bandar besar! Tetapi orang bumiputera Sarawak masih mahukan BN dan masih perlukan kepimpinan Pehin Sri Taib Mahmud!

Sebagai orang bijak pandai, Khairy dan Gan patut buat kajian bagaimanakah kaum Cina di Malaysia ini boleh mengawal ekonomi negara, jadi kaya raya, termasuklah Gan sendiri! Khairy dan Gan sebagai pemimpin pemuda harus membuat homework untuk mengenalpasti kenapa belia-belia di Malaysia tidak suka kepada BN dan cari penyelesaiannya, bukan menyibuk menyeru Pehin Sri Taib letak jawatan! Gan, khususnya sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan perlu cari kaedah yang lebih baik untuk tingkatkan mutu sukan negara setelah DILANTIK sebagai Senator untuk membolehkan beliau menjadi Timbalan Menteri! Kahiry pula perlu berfikir kenapa Ketua Pemuda UMNO tidak mempunyai jawatan dalam kabinet? Pikir-pikirkanlah..dan jangan syok sendiri. Tidak salah untuk menegur dan mencadang tetapi biarlah menggunakan forum yang sesuai!

Pehin Sri Taib banyak berjasa kepada semua penduduk Sarawak, termasuklah kaum Cina! Pehin Sri Taib juga bukan malaikat yang tidak mempunyai kelemahan dan kesilapan tetapi Pehin Sri Taib tidak mengabaikan tanggungjawab untuk membangunkan Sarawak, berbanding Nik Aziz di Kelantan! Kalau boleh dikira dengan jari, kaum Cina di Sarawak banyak yang kaya raya! Siapa peniaga-peniaga dalam pasaraya-pasaraya besar di Sarawak? Lihat sahaja di Wisma Saberkas, cukup sukar untuk melihat muka orang Melayu menjadi peniaga, tak kira apa jenis barangan yang dijual! Lihat di hospital-hospital kerajaan dan swasta, kaum mana paling banyak jadi doktor? Cari lah nama-nama peguam dan peguambela di Sarawak, 90 peratus daripada mereka adalah kaum Cina! Begitu juga dengan jurutera-jurutera! Kaum Cina sudah dikenali sebagai golongan yang professional, golongan peniaga sejak dari dulu lagi!

Pehin Sri Taib sudah mengumumkan akan bersara dan biarlah dia memilih siapa yang paling layak untuk memimpin Sarawak! Kalau Khairy Jamaluddin dan Gan Ping Sieu, tutup mulut dan fokus kepada kemenangan BN di PRU 13 nanti!

Sunday, April 24, 2011

Ideologi baru DAP?


Ingat lagikah kita zaman komunis dulu? kebanyakkan kita tak ingat tetapi tanyalah atuk atau nenek betapa terseksanya kehidupan zaman komunis? Siapa bawa ideologi komunis? Cina! Kononya dulu nak lawan Jepun! Bila Jepun kalah, puak komunis teruskan perjuangan semata-mata nak ambilalih kerajaan! Ramai tentera, polis dan orang awam terkorban!! Ketua komunis Malaya, Chin Peng lari ke negara China selepas komunis ditewaskan oleh kerajaan!

Itu perjuangan dulu. Perjuangan untuk berkuasa dan jadi pemerintah melalui perperangan berdarah! Perjuangan yang mengorbankan banyak nyawa! Perjuangan yang mengguriskan banyak jiwa orang-orang Melayu! Perjuangan yang mencetuskan kebencian yang masih belum padam hingga satu ketika tercetus perbalahan antara kaum!

Hari ini perjuangan mereka berbeza namun matlamat mereka TETAP SAMA!! Matlamat mereka ialah untuk menjadi pemerintah! Menjadi raja yang berkuasa dan seterusnya akan mengubah semuanya! Dari Perlembagaan hingga undang-undang tubuh negara! Malah tidak mustahil mereka mengubah corak kehidupan rakyat Malaysia, sepertimana yang berlaku di selatan tanah air! Itulah tujuan politik mereka, politik untuk mengaut kesemuanya dari ekonomi, sosial dan keselamatan negara! Mereka peduli apa pada orang Dayak, Melayu, Bajau, Bugis dan sebagainya! Yang penting, kaum Cina memerintah, kaum Cina mempunyai segalanya di bumi Malaysia!!

Teringat saya kata-kata seorang teman dari Sibu semasa mendengar ceramah DAP yang dibanjiri ribuan penonton! Katanya, DAP sanggup beri duit RM30.00 seorang untuk bayar pertrol supaya mereka turun dan mendengar ceramah mereka kepada setiap penduduk di Sibu! Kali ini katanya DAP akan pastikan kerajaan BN TUMBANG hanya melalui sebatang pensel, bukan lagi dengan selaras senapang! Terkejut saya mendengar pengakuan teman sekolah dan sekelas saya ini!! Waaah..beginikah hasrat DAP? Adakah ini ideologi baru mereka?

Kenapa kita perlu mengubah kerajaan yang memberi banyak kemudahan dan pembangunan sedangkan yang dipuja-puja dan memuji diri lebih baik belum tentu lagi mampu memberi kesenangan yang lebih baik kepada kita, tanyalah orang-orang Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan?

Saturday, April 23, 2011

Chong Chieng Jen Tidak Setuju


DAP is a national party and to merge with another party is not something simple kata Chong Chieng Jen!. Chong lebih selesa bekerjasama daripada bergabung dengan SNAP! Amat jelas pandangan Chong ini menunjukkan beliau tidak senang hati dengan cadangan Lim Kit Siang yang mengajak SNAP untuk bergabung dengan DAP. Cadangan Lim Kit Siang juga mendapat tentangan daripada Baru Bian dari PKR!

Baru Bian terkejut dengan cadangan Lim Kit Siang yang di sifat tidak memberi muka kepada PKR sebagai rakan dalam pembangkang. Menurut Baru Bian, DAP seolah-olah membelakang dan memperkecilkan PKR dalam membuat keputusan tersebut. Baru Bian juga terkilan Lim Kit Siang masih mahukan SNAP sedangkan SNAP menikam mereka dari belakang dalam pilihan raya yang lalu.

Dalam pada itu Stanley Jugol cuba mententeramkan penyokong-penyokong SNAP dengan mengatakan ahli-ahli SNAP diberi peluang untuk membuat keputusan hasil cadangan Lim Kit Siang. Manakala Lim Kit Siang pula cuba mengalih kemarahan PKR dengan menyebut, ia hanya satu cadangan dan akan kekal sebagai cadangan!

Jika Chong Chieng Jen sendiri tidak bersetuju adakah pemimpin lain dalam DAP Sarawak setuju? Berkemungkinan tidak tetapi siapa berani menyuarakan pandangan yang berbeza dengan Lim Kit Siang! Pemimpin Cina paling lama menjadi ahli Yang Berhormat di Malaysia! Pun begitu jika berlaku penggabungan, kemana arah pemimpin senior dalam SNAP seperti Daniel Tajem, Edwin Dundang dan sebagainya! Jangan kerana nak berkuasa SNAP juga sanggup jual maruah mereka kepada Lim, Chong dan Wong!

Thursday, April 21, 2011

Rumah Siap Pahat Berbunyi

BN Sarawak amat bernasib baik kerana masih mampu menang dua pertiga. BN dikatakan bernasib baik kerana jika dilihat sebelum pilihan raya bermacam-macam krisis melanda parti-parti komponen.
Pertama ialah krisis dalaman SUPP. Hingga ke hari ini krisis tersebut belum lagi berakhir dan menyebabkan SUPP hilang 13 kawasan dalam pilihan raya yang baru lalu. Perebutan kuasa dalam SUPP menyebabkan semakin ramai golongan muda dan profesional Cina menjauhkan diri dan menyertai DAP atau pun PKR. Isu perletakkan jawatan Dr.George Chan bukan perkara baru, malah Dr.George Chan sudah berjanji untuk meletak jawatan sebanyak tiga kali tetapi hingga ke akhirnya tiada tindakan! Terbaru Dr.George Chan kata nak meletak jawatan tetapi menyerahkan kepada CWC. Kalau nak letak jawatan terus jer letak jawatan dan tak perlu menunggu keputusan CWC parti! Inilah yang diperkatakan oleh kebanyakkan kaum Cina yang mula beralih arah kepada DAP! Dr.George Chan kemudian mengatakan kepimpinan BN terlalu lewat mengambil perhatian dan menyelesaikan masalah rakyat, terutamanya rungutan kaum Cina sebagai punca SUPP kalah teruk dalam pilihan raya kali ini!
Kedua ialah masalah PRS dengan Larry Sng. Masalah tersebut berlanjutan hingga ke hari penyenaraian calon dan akhirnya Sng tidak mempertahankan Pelagus. Akibat itu N.54 Pelagus terlepas ke tangan calon BEBAS, iaitu bapa saudara tiri Larry Sng! Presiden parti mula menyalahkan pihak tertentu kerana tidak membekukan peruntukkan Larry Sng yang didakwa memberi peruntukkan tersebut kepada pengundi Pelagus semasa pilihan raya!
Ketiga, walaupun krisis SPDP dikatakan selesai namun jelas SPDP gagal melihat kelemahan Timbalan Presiden yang berulangkali dituntut oleh pengundi kawasan supaya tidak dipilih sebagai calon! Pemilihan calon di Ba Kelalan terlalu lewat hinggakan Willy Liau diumumkan disaat-saat akhir! Kenapa tidak letakkan Nelson Balang Rining sahaja jika begitu sukar kaum Orang Ulu untuk menentang Baru Bian? Adakah Willy Liau juga seorang reluctant politician?
Keempat, krisis dalaman PBB, parti tulang belakang BN! Mungkin ramai melihat PBB tiada krisis kerana pemimpin PBB bijak menangani isu-isu dalaman yang melibatkan ahli-ahli PBB yang tidak berpuashati. Namun masalah yang masih belum selesai ialah masalah sayap Pemuda PBB. Semalam Ketua Pemuda PBB Kidurong mengumumkan keluar parti bersama beberapa orang ahli dan dikuti oleh beberapa beberapa bahagian lain seperti di N48 Pelawan! Isu nya ? Mereka tidak berpuashati dengan kepimpinan Ketua Pemuda, iaitu YB Datuk Fadillah Yusoff, Timbalan Menteri Sains dan Teknologi!
Persoalannya benarkah Datuk Fadillah Yusoff tidak tahu memimpin? Jika tidak kenapa beliau dipilih? Atau adakah ini semua agenda pihak tertentu untuk menyingkirkan Datuk Fadillah Yusof dalam parti dan sekaligus dari bertanding dalam pilihan raya umum akan datang?

Jika dilihat kepada senario ini,sememangnya BN Sarawak bernasib baik sangat-sangat kerana rakyat masih mahu mengundi BN, terutamanya pengundi bumiputera! Kenapa? Kerana merasakan BN masih relevan dan mampu membawa perubahan kepada rakyat dan negeri Sarawak! Tapi sejauhmana BN boleh bertahan jika pemimpin-pemimpin komponen parti dan ahli-ahlinya sentiasa bertelagah semata-mata kerana mengimpikan jawatan dan habuan yang bakal diterima!

Jika parti-parti komponen masih tidak mahu belajar daripada beberapa kesilapan UMNO, MCA dan MIC,tidak mustahil DAP, PKR dan PAS mampu merobek benteng kepercayaan rakyat terhadap BN Sarawak!

Awas! Jangan nanti BN Sarawak menang sorak kampung tergadai! Panas pilihan raya baru nak reda, sudah ada ahli dan kepimpinan BN yang tidak berpuashahti..seperti rumah siap pahat berbunyi!

Wednesday, April 20, 2011

Edwin Dundang Nak Kahwin Lagi ?


DAP mendabik dada setelah berjaya menumbangkan SUPP di beberapa kawasan majoriti Cina. Malah Chong Chieng Jen dengan bongkak mengatakan DAP boleh menawan kawasan bumiputera jika diberi peluang!

Berdasarkan majoriti besar yang diperolehi DAP menghulur tangan kepada SNAP untuk bergabung supaya DAP boleh diterima di kawasan bumiputera! 'Dayak Political Awakening' kata Stanley Jugol, Setiausaha Agung SNAP yang menimbang tawaran DAP. Dulu SNAP menyertai pakatan pembangkang dan akhirnya berpisah setelah tidak bersetuju dengan agihan kawasan yang terlalu sedikit!



Berdasarkan sejarah SNAP satu ketika dipimpin oleh James Wong Kim Min, seorang towkay yang kaya raya. Di bawah kepimpinan James Wong, SNAP mempunyai 19 wakil rakyat, iaitu yang kedua terbesar selepas PBB. Akibat krisis dalaman beberapa pemimpin SNAP keluar parti dan menubuhkan PBDS. Punca krisis, James Wong Kim Min hendaklah melantik anaknya Richard Wong sebagai pengganti Presiden SNAP, jika beliau bersara.

Krisis tersebut tidak mematahkan semangat SNAP yang masih lagi anggota BN untuk berjuang hingga berlaku krisis kedua, apabila William Mawan Ikom keluar parti dan menubuhkan SPDP.

Kalau dulu SNAP berpecah kerana isu pemimpin Cina, bagaimanakah SNAP boleh bergabung dan menerima arahan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Wong Ho Leng dan Chong Chien Jen? Bagaimana pula isu senioriti dalam parti? Mahukan Stanley Jugol dan Edwin Dundang menjadi ahli jawatankuasa sahaja dalam DAP?

Bolehkah Edwin Dundang menerima dasar DAP, iaitu 'HAPUSKAN HAK BUMIPUTERA'? Kalau Edwin Dundang sanggup menjadi 'ukoi' kepada Dinasti Lim maka benarlah pandangan Baru Bian bahawa pemimpin Iban tidak boleh dipercayai! Adakah Edwin Dundang sanggup menggadai maruah bumiputera semata-mata nak menjadi YB dan berkuasa?

Isu Sarawak For Sarawakian sudah tidak relevan lagi untuk SNAP jika SNAP meneruskan hasrat untuk bergabung dengan DAP! SNAP akan menyerahkan semua keputusan menentukan calon kepada Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng atau Presiden DAP, Karpal Singh! Jika SNAP membenci UMNO kerana UMNO adalah parti dari semenanjung yang memerintah negara, tetapi peliknya SNAP tidak membenci DAP dan PKR yang juga datang dari seberang!

Tuesday, April 19, 2011

Inikah Orang Yang Berjuang Untuk Dayak?


Dalam satu temubual Papa Orang Utan a.k.a Peter John Jamban menyentuh tentang moral ahli-ahli Yang berhormat seperti Johnical Rayong, Sylvester Entrie dan James Dawos yang menukar pegangan agama kerana berkahwin! Sekurang-kurangnya YB-YB ini berkahwin secara sah!

Teruk lagi perangai si John Jamban ini! Kononya berjuang untuk maruah kaum Dayak! Betul ke? Inikah yang dikatakan perjuangan? atau hanya 'enjoy' di england! Kata orang melayu 'mengata dulang, paku serpih'..mengata orang..eh eh..Peter John Jamban yang lebiiih!

Adakah wanita-wanita ini disogok untuk Peter John Jamban menhentam negeri sendiri! atau sememangnya perangai Peter John Jamban macam ini? nak tunjuk pada dunia dialah yang paling terer dengan perempuan!

Nak baca lebih tengok lah http://benchmarkO.blogspot.com dan http://cahngewemustsarawak.blogspot.com

Monday, April 18, 2011

Zulhaidah Suboh Sudah Tak Tahaan..


Angan-angan tinggi melambung cita-cita tinggi menggunung! Zulhaidah Suboh sudah tempah baju baru untuk berarak ke Dewan Undangan Negeri tapi impian nak jadi YB berkecai akibat kalah dengan orang baru PBB, Ripin Lamat! Percaturan Zulhaidah salah. Zulhaidah lupa Ripin Lamat sudah lama berkhidmat untuk orang-orang lambir, bukan masa nak pilihan raya saja baru tunjuk muka,macam Zulhaidah!

Peliknya kenapa Zulhaidah Suboh ke Senadin? Bukan kah Zulhaidah bertanding di Lambir? Zulhaidah sebenarnya tau dia kalah di Lambir sebab itulah dia cepat-cepat larikan diri ke tempat Michael Teo! Nak jadikan cerita kebetulan Michael Teo kalah tipis kepada Lee Kim Shin..mengamuk sakan Zulhaidah! Dah la kalah di Lambir, harapan nak tumpang kemenangan kawan nya juga berkecai!

Zulhaidah Suboh dah dirasuk budaya PKR semenanjung! Zulhaidah Suboh dah tiada rasa malu! Tiada rasa sopan sebagai wanita! Zulhaidah dah macam Zuraida! errr..sebut pun lebih kurang sama..he he he..Kan ka elok terus bertanding di Bekenu dulu?

Wednesday, April 13, 2011

KEJAHATAN PERLU DIBERITAHU

Saya nak kongsi satu tulisan dari seorang kawan yang menyentuh kenapa kejahatan anwar perlu didedahkan kepada masyarakat.



Isu video seks yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) hangat diperkatakan oleh orang ramai. Ianya mula didedahkan oleh kumpulan Datuk “ T ”, kemudiannya dimuatkan dalam blog-blog politik dan disiarkan oleh media cetak dan elektronik. Akibatnya pakatan pembangkang terus menyalahkan Barisan Nasional (BN) terutamanya UMNO yang dikaitkan sebagai dalang kepada isu ini.
Sebagai sekutu dalam Pakatan Rakyat (PR), PAS juga tidak terlepas menyelar BN dan pihak-pihak yang menyebarkan video ini sebagai pembuat fitnah, pengamal politik kotor dan tidak bermoral.
Anehnya, sebelum ini pihak pembangkang juga melakukan perkara yang sama terhadap pemimpin BN tetapi tidak pula timbul soal fitnah, politik kotor mahu pun masalah moral.


Ulasan:
Dalam soal memilih pemimpin, terdapat keharusan yang dibenarkan oleh tokoh-tokoh Islam untuk mendedahkan kejahatan yang dilakukan oleh orang yang menawarkan diri untuk jawatan tersebut agar kepentingan agama dan umat dapat dijaga dengan sebaik mungkin.
Sebagai contoh, Al-Nawawi (rahimahuLlah) mengkhususkan satu bab dalam
kitabnya Riyadhu al-Salihin tentang umpatan (atau kata mengata yang
tidak disukai di belakang tuannya) yang diharuskan (dibolehkan) syarak. Beliau
menyenaraikan 6 sebab umpatan itu menjadi harus:

Pertama: Untuk mengadukan kezaliman. Harus bagi orang yang dizalimi untuk
memberitahu pihak yang boleh menolongnya daripada terus dizalimi
penzalim.

Kedua: Meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran
dengan mengadu kepada pihak yang berupaya mengubahnya dan menceritakan
(mengumpat) perbuatan salah atau mungkar yang dilakukan.

Ketiga: Meminta fatwa tentang sesuatu hukum agama yang ada kaitan dengan pihak
yang diumpat dengan syarat umpatan itu perlu dilakukan untuk
memahamkan orang yang diminta fatwa. Jika boleh difahami tanpa
umpatan, maka umpatan tidak harus ketika itu.

Keempat: Memberi ingatan dan nasihat kepada orang Islam lain tentang keburukan yang dilakukan oleh orang yang diumpat.

Kelima: Mengumpat orang yang terang-terangan melakukan kefasikan dan maksiat seperti peminum arak, penceroboh, pengumpul harta orang secara zalim (termasuk
perasuah), pelaksana kerja-kerja batil dan seumpamanya.

Keenam: Memberi pengenalan seseorang yang mana jika tidak diumpat sedikit maka
orang tidak akan mengenalinya, tetapi jika boleh dikenali dengan tidak
mengumpatnya, maka mengumpat ketika itu adalah haram.

Kesimpulan :
Oleh kerana DSAI bercita-cita besar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia sedangkan beliau mempunyai masalah moral yang teruk, sokongan terhadap fahaman pluralism, penyalahgunaan kuasa dan lain-lain, maka wajarlah kejahatan yang dilakukan oleh beliau didedahkan kepada umum agar rakyat tidak tersalah pilih dan akhirnya akan merana akibat pangkahan tangan mereka sendiri.

pikir-pikirlah wahai orang-orang sarawak!

ANWAR SAKIT KRONIK DI SARAWAK


Impian Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri begitu kuat hingga beliau sanggup menggadai maruah bangsa, agama dan negaranya! Ibarat orang yang terkena sumpahan Anwar menghidapi sakit yang kronik, iaitu hidup dalam dunia fantasi!
Anwar Ibrahim juga menghidapi penyakit personaliti, bukan dual personaliti tetapi lebih! Terbaru Anwar Ibrahim menjadi pelawak di Sarawak. Lawak yang dibawa Anwar kali ini tidak akan menjadi jika tiada pelakon pembantu seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan juga Hadi Awang.
Satu lagi penyakit kronik Anwar Ibrahim ialah penyakit suka membohong, menipu dan memfitnah. Anwar akan putar belit fakta walaupun dia tahu fakta itu benar! Antara pembohongan Anwar ialah kerajaan Sarawak menindas kaum Dayak! Mungkin Anwar sudah buta kerana ramai kaum Dayak menjadi golongan profesional! Seorang daripadanya ialah kekasih nya Baru Bian! Anwar juga kata kaum Cina tidak diberi perhatian oleh kerajaan! Anwar memang ada sakit mata kerana antara 10 orang terkaya di Malaysia lapan (8) daripadanya adalah orang-orang Cina!
Anwar patut pakai kanta bila mengadakan ceramah di Padungan, Pending, Batu Lintang, Kota Sentosa dan Batu Kawah. Cuba perhatikan dikiri dan kanan perumahan siapa yang banyak menghuni rumah banglo atau rumah semi-detached dan detached. Masa Anwar ke Miri pandang-pandang la tumah-rumah agam di kawasan Luak kepunyaan kaum kerabat Cina!
Anwar juga sedang sakit amnesia, iaitu mudah lupa! Anwar lupa ka Lim Kit siang sudah jadi ahli Parlimen berapa puluh tahun atau Nik Aziz pegang kuasa di Kelantan berapa puluh tahun? Kalau nak bercakap fasal orang tua, adakah Lim Kit Siang, Nik Aziz, Haji Hadi Awang atau Karpal Singh itu muda? Atau Anwar sendiri masih muda ka atau buat-buat diri jadi muda?
Elok nya Anwar Ibrahim balik ke semenanjung dan selesaikan masalah sendiri dulu sebelum datang ke Sarawak untuk menyelesaikan masalah rakyat Sarawak! Begitu juga dengan Nik Aziz! Maju dan bangunkan dulu Kelantan sebelum mengatakan Sarawak belum membangun!

Tuesday, April 12, 2011

Anwar Bersembunyi


Desas desus mengatakan Anwar Ibrahim datang ke Sarawak untuk bersembunyi dari masalah peribadinya! Di Sarawak ceramah-ceramah yang melibatkan Anwar tidak mendapat sambutan ramai. Untuk menutup kelemahan itu Anwar bawa sekali Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang!

Kalau dulu Lim Guan Eng dan bapanya menumpang populariti Anwar Ibrahim, di Sarawak sebaliknya berlaku!. Anwar kini menumpang populariti Guan Eng dan Kit Siang di kawasan Cina. Beliau bersembunyi di belakang DAP! Telur Anwar kini sudah digenggam oleh DAP! Anwar akan ikut apa saja DAP suruh!

Temberang Anwar di Sarawak tidak laku lagi! Orang Cina pun sudah tidak percayakan Anwar! Orang Cina sudah tahu perangai buruknya tapi mereka terpaksa terima kerana pengaruh Lim Guan Eng! DAP sudah perkudakan Anwar sebaiknya hingga Anwar tidak boleh melepaskan diri lagi! Kalau Anwar tidak bersama DAP, Karpal Singh akan dedahkan segala-galanya tentang Anwar Ibrahim! DAP sudah pegang rahsia Anwar sebab itu Anwar tidak boleh tidak akan menurut apa sahaja kehendak DAP walau pun terpaksa menggadai maruah bangsa dan agamanya!Anwar sudah jual diri dengan DAP!

Monday, April 11, 2011

Azmin Dipukul Teruk


Terkedu Azmin Ali bila berhadapan dengan Ezam Mohd.Nor! Azmin hanya mampu menyebut fitnah..bohong..fitnah..bohong..bila Ezam telanjangi Azmin dihadapan orang Kkp.Boyan semalam!. Panglima perang Anwar ini tidak mampu membalas serangan-serangan bekas panglima no.1 PKR!

Kalau sebelum ini Azmin begitu bersemangat menuduh dan mencerca kepimpinan Sarawak tapi bila bertemu Ezam kenapa Azmin terdiam? Adakah apa yang diperkatakan oleh Ezam malam tadi benar ? Kalau tidak benar mengapa Azmin tidak berani saman Ezam sepertimana PKR selalu buat ?

Senator Ezam dikatakan bersedia bertemu mentornya dulu tapi seperti biasa Anwar Ibrahim takuut sangat nak berhadapan dengan Ezam. Kenapa ? Sebab nya Ezam tahu apa yang Anwar lakukan. Anwar tahu Ezam akan telanjangkan dia dihadapan khalayak!

PKR seperti biasanya tunjuk samseng dengan menyerang kenderaan yang membawa Senator Ezam! Kehadiran Polis dan FRU bukan penghalang untuk samseng-samseng PKR membelasah orang lain yang tidak menyokong perjuangan mereka! Inilah budaya yang diterap oleh PKR dan DAP untk menakut-nakutkan pemimpin dan penyokong parti lain!

Bayangkan kalau PKR dan DAP berkuasa di Sarawak maka samseng-samseng akan terus berleluasa. Keselamatan masyarakat setempat tidak akan terjamin! PKR dan DAP cakap lain tapi buat lain!

Anwar bukan datang nak selesaikan masalah rakyat tapi nak libatkan rakyat dalam masalah beliau! Kes liwat dan kes video sek pun belum diselesaikan macamana nak selesaikan masalah rakyat?

Sunday, April 10, 2011

Siapa Anwar ?


Itu kata Senator Ezam Mohd Nor bekas orang kanan Anwar. Kawan yang bantu keluarga Anwar semasa Anwar dalam penjara! Orang yang berjuang berhabisan untuk Anwar! Kenapa dia bermatian untuk Anwar? Katanya sebab dulu dia tidak percaya Anwar buat * #%^! Senator Ezam ambik lebih kurang enam bulan untuk siasat kebenaran untuk tepis tohmahan dan dakwaan. Semakin disiasat semakin jelas Anwar buat%#$* berdasarkan beberapa petunjuk kata Senator Ezam! Sebab itu dia ambik keputusan keluar dari PKR sebab tidak mahu bersubahat dan menanggung dosa!

Maka Senator Ezam ajak orang-orang Sarawak yang masih buta mata pekak telinga yang masih menyokong Anwar keluar PKR!Senator Ezam kata dia salah soerang pengasas PKR dan dia tahu apa matlamat sebenar PKR! Dr.Chandra Muzaffar pun dah keluar PKR dan ramai lagi pengasas keluar kerana muak dengan perjuangan hanya untuk mengangkat Anwar jadi PM!

Adalah satu malapetaka bagi orang-orang Sarawak jika terus percaya cakap PKR, cakap Anwar, cakap Azmin, cakap Baru Bian! Anwar janji nak tolong orang Kpg.Buah Pala..tapi apa jadi? PKR kata mereka telus dan demokratik tapi tak benarkan media perdana buat liputan pemilihan parti! Anwar kata Pehin Sri Taib amal nepotisme..tapi siapa Nurul Izzah dan Wan Azizah? Bagaimana dengan Lim Kit Siang dengan Lim Guang Eng? Bagaimana dengan anak-anak Karpal Singh?

Jika pembangkang menang pasti akan berlaku macam Perak! Semua berebut nak jadi Ketua Menteri! Belum berkuasa pun sudah berebut-rebut! Tengok la macamana dia orang berebut kawasan! Lepas dengar ceramah Senator Ezam, Harun Ghani dan Hamdan harap-harap orang Sarawak terutamanya yang menyokonh PKR membuta tuli......buka mata buka hati untuk hentikan perjuangan mereka dan bersama mempertahankan Sarawak dari pencerobohan gerombolan yang tidak pernah bersyukur dan berterima kasih!

Thursday, April 7, 2011

Zulhaidah Suboh Takut Dengan Rosey Yunus


Memang sah perangai pembangkang! Mula-mula bersemangat nak tolong orang! Bila ada peluang lain terus terkam! Zulhaidah Suboh yang begitu bersungguh-sungguh nak bertanding di Bekenu dengan alasan nak membantu rakyat Bekenu tiba-tiba melompat ke Lambir! Musnah harapan penyokong-penyokong PKR Bekenu yang dah termimpi-mimpi nak julang Zulhaidah bila menang di Bekenu!

Zulhaidah kecut perut tiba hari penamaan calon bila memilih untuk bertanding di Lambir. Mungkin Zulhaidah tengok kekuatan pengaruh Rosey begitu utuh di Bekenu atau Zulhaidah nampak Ripin Lamat boleh Zulhaidah kalahkan!. Sama-sama baru bertanding berbanding Rosey Yunus yang lebih berpengalaman.

Sebelum pilihan raya Zulhaidah belanja orang-orang di kedai kopi kononya nak selamatkan Bekenu! Zulhaidah bersungguh-sungguh turun bantu masa banjir nak tunjuk perihatin dengan nasib orang-orang Bekenu! Tapi bila masa tiba Zulhaidah sudah hilang entah kemana. Orang Bekenu tertunggu-tunggu nak berarak bersama Zulhaidah..tapi sayang Zulhaidah tidak peduli dan tidak mahu peduli hal-hal orang Bekenu! Sebab itulah dia pilih bertanding di Lambir!!!

Belum apa-apa Zulhaidah dah suka lompat sana lompat sini!. Apa nak jadi kalau Zulhaidah jadi YB?

Monday, April 4, 2011

Besar Kepala

Siapa tamak sebenarnya ? PKR atau SNAP ? Kalau nak kata SNAP tamak memang patut pun sebab Baru Bian beri 8 kawasan tapi Dundang mahu 28 kawasan! Tapi lebih tamak ialah PKR! PKR memikirkan mereka bos dan patut dapat banyak kawasan berbanding rakan-rakan lain.
PKR semakin besar kepala dan bertindak sesuka hati! PKR buli rakan-rakan kerana nak jadi tuan di Sarawak! PKR merasakan mereka lebih berpengaruh berbanding rakan-rakan lain! PKR merasakan mereka diterima oleh seluruh masyarakat Sarawak! Tapi kesian beberapa bakal calon PKR hanya mampu memberi ceramah kepada tidak lebih dari 10 orang dalam satu-satu majlis.